Monolog Hati di Masa Suram

Tahun 2016 sudah masuk hari ke 12 di bulan Januari. Cabaran semakin dirasai. Melihat berita sana-sini berita mengenai isu kos sara hidup yang semakin meningkat; isu VSS, diberhentikan kerja, samun menyamun yang semakin menjadi-jadi, kekeliruan Muslim utnuk fahami fungsi diri, ketegangan antara kaum yang sedang marak umpama api dalam serkam; …

Berbaki 10 Hari Untuk Mengatur Langkah Masuk 2016

Melihat kebelakang, tahun 2015 adalah tahun transisi bagi saya. Transisi untuk mengislah kehidupan yang lebih baik dari semalam. Dengan segala kejadian yang berlaku, saya perlu terus positif dan meyakini bahawa proses sukar yang dialami adalah ‘jalan’ yang ditunjukkanNya untuk lebih berdikari dan mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran hari mendatang. Anak-anak …

Detik Bersejarah: MH370 Ditemui

Hari ini adalah hari bersejarah buat Malaysia. Serpihan di Pulau La Reunion, disahkan sebagai serpihan kapal terbang MAS, MH370. Sedih dan sebak buat seluruh rakyat Malaysia. Terutama sekali ahli-ahli keluarga dan rakan taulan. Segala harapan hanya tinggal harapan. Yang hidup perlu meneruskan kehidupan. Anak-anak yang kecil, perlu dibesarkan dengan kasih-sayang …

Sesi ‘Memecah Ruyung’ ;)

Kadang-kadang berat juga jika menjumudkan isi kandungan blog dengan perkara yang serius. Sebab ia akan membuatkan si pemiliknya jadi ‘jumud’ dalam membuat sebarang perkongsian. Akhirnya, idea dan perkongsian yang berlambak di hati, hanya berlalu begitu sahaja; tanpa diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Saya cuba untuk ubah keadaan tersebut. Untuk kali ini, …