• Bibliofil

    Lapar Membaca

    Sehari tanpa membaca ibarat sehari kelaparan. Lapar membaca ialah antara ciri seorang Bibliofil tegar. Kehidupan seharian tanpa membaca adalah kematian bagi mereka. Jasad yang hidup tetapi ruh yang ‘mati’. Membaca juga adalah vitamin kehidupan. Keperluan seorang insan yang wajib dipelihara. Sehari tanpa membaca adalah kezaliman kepada diri. Zalim kerana mengekalkan tahap kejahilan diri di takuk yang lama. Bukankah Ad-Deen meneru untuk kita membaca? Yakni mencari ilmu? Bacalah alam, bacalah buku. Kita akan temui sesuatu. Bacalah al-Quran dan Hadis. Kita akan temui Diri. B.A.C.A.

  • Bibliofil

    Cintai Buku, Cari Kebenaran

    Menjadi seorang pencinta buku itu bukan mudah, kecuali seseorang itu benar-benar memahami mengapa dia perlu cinta pada buku. Cinta pada buku hanyalah mukadimah untuk mencari kebenaran. Proses mencari kebenaran pula tidak mudah dan bukan semata-mata bergantung kepada buku. Sebab itu, untuk mendapat kebenaran, bacaan sesuatu buku itu harus disertai dengan diskusi dan pertimbangan tentang apa yang boleh diambil ibrahnya dan apa yang tidak perlu diambil sebagai pegangan hidup, terutama daripada Guru-guru yang Benar dan terkenal wibawanya. Sebagai ibu dan bapa, mendidik anak suka dan cinta pada buku adalah salah satu proses menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan di hari muka. Kehidupan semakin mencabar. Menjadi seorang pencinta buku tidak menjanjikan kita menjadi…

  • Bibliofil

    Berkenalan dengan JUARA, karya S. Othman Kelantan

    Aku sudah selesai membaca JUARA, karya S. Othman Kelantan. Sebuah karya yang menonjolkan sosok tubuh Mamat atau Pak Mat sebagai protagonis yang berpengalaman luas dalam politik yang kemudiannya kecewa lalu berpindah dari Kelantan ke bumi Selatan Thai. Karya ini sarat dengan budaya hidup Melayu Selatan Thai dengan situasi konflik politik yang tidak menentu; digambarkan dengan tidak berkuat kuasanya undang-undang dengan adil lalu kejadian pembunuhan merajalela di Selatan Thai. Mamat sebenarnya ingin menuntut bela atas kematian sahabatnya, Abang Lazim. Dipercayai dilakukan oleh Pak Isa dan konco-konconya selaku watak-watak antagonis. Sebenarnya Pak Isa sangat tidak berpuas hati dengan kemenangan beradu lembu yang dicapai oleh Abang Lazim melalui Pak Mat selaku Juara. Juara…

  • Bibliofil

    Penemuan Karya-Karya DBP di SMO Kubang Kerian!

    Malam tadi, puteraku masuk wad HUSM kerana kuning (Jaundis). Bacaannya 304, agak tinggi. Hari ini, aku seharian di hospital untuk mengetahui kemas kini keadaan putera tersayang. Semoga kuningnya turut dan boleh keluar wad secepat mungkin. Aku memarkir kereta agak jauh dari tempat parkir kenderaan HSUM kerana sudah penuh sejak awal pagi lagi. Untuk memudahkan, aku memasukkan sejumlah wang di tempat parkir untuk tempoh selama 5 jam. Sewaktu hendak memanjangkan tempoh seterusnya, aku ke Kedai Buku SMO yang berhampiran. Letaknya tidak jauh dari HUSM – di seberang jalan. Aku mula masuk ke kedai dan terus ke rak demi rak di tingkat bawah. Ia dimulakan dengan rak berisi novel-novel remaja yang tebal-tebal…

  • Bibliofil

    2 Pantang Bagi Seorang Bibliofil

    Setiap orang ada prioriti masing-masing dalam mengharungi kehidupan seharian. Sama ada ia berbentuk kekeluargaan mahupun kerjaya. Setiap orang juga pasti akan berusaha menyediakan ruang peribadi antara keluarga dan kerjaya. Biasanya ruang tersebut melibatkan kecenderungan atau minat diri yang mungkin tidak atau belum dapat dikongsi bersama keluarga ataupun tidak atau belum disokong dalam dunia kerjaya. Sebagai seorang penulis, saya kira terdapat 2 pantang bahkan racun dalam kehidupan mereka iaitu: 1. Tidak Membaca: Sudah namanya penulis, aktiviti membaca bukan suatu yang asing bahkan kewajipan bagi seorang penulis. Adalah pantang bagi seorang penulis, tidak melakukan aktiviti pembacaan. Namun tidak dapat dinafikan, kadang kala, kesibukan dunia kerjaya yang tidak berkait langsung dengan keperluan untuk…

  • Bibliofil

    OD 1234: Coretan Pada Ketinggian 15,000 Kaki!

    Aku sedang mengalami satu perasaan yang sukar untuk diterjemah melalui kata-kata. Cukuplah aku beritahu bahawa isteri aku bakal melahirkan anakku yang kedua pada ketika ini – bila-bila masa sahaja. Pagi tadi aku tidak perasan, 4 ‘miss call’ yang aku terima ialah petanda awal dari isteriku supaya aku bersedia untuk pulang pada bila-bila masa. Aku terus beri SMS kepada Wan untuk membelikan tiket penerbangan ke Kota Bharu – mana yang paling awal. ************* Sejurus OD 1234, penerbangan Malindo Air terapung di udara, aku terbayang para penumbang pesawat malang MAS, MH 370, MH 17 dan penerbangan Air Asia QZ 8501. Ajal itu pasti. Di mana dan bila adalah rahsia yang amat besar.…

  • Bibliofil

    Mencari Kedai Buku di Kelantan

    Beberapa hari ini saya berada di Kelantan atas urusan keluarga. Masa yang ada saya ziarah beberapa kedai buku – yang mana sempat. Saya tertanya-tanya jika ada kedai buku lain di Kelantan selain Kedai Buku SMO, Popular, Jafar Rawas? Jika ada, saya ingin ziarah. Ziarah untuk melihat kedai dan buku apa yang ada di sana. Saya suka melihat jenis-jenis buku yang terjual. Pada saya ia boleh menggambarkan jenis pembacaan masharakat setempat. Setakat ini, Kino dan MPH Kuala Lumpur yang dapat memuaskan hati saya kerana terdapat buku-buku yang saya cari dan minati. Selain dari bahan bacaan, kemudahan-kemudahan untuk meraikan pembaca juga di ambil kira. Setakat ini juga, beluma da kedai buku yang…

  • Bibliofil

    Terserempak Nyala Api dalam Dada di MPH, NU Sentral

    23 Januari 2015 (Jumaat) | Malam ini, bas yang akan saya naiki ke Kelantan akan berlepas jam 10.00 malam. Saya perlu berada di Terminal Bas Bersepadu (TBS) sekitar jam 9.00 malam, memandangkan saya tidak pernah pergi ke TBS, jadi saya perlu awal berada di sana untuk masa kecemasan. Tetapi sebelum itu, saya ambil masa yang ada, seusai keluar dari pejabat sekitar jam 5.30 petang tadi, saya menuju ke NU Sentral. Mujur, Kak Siti – rakan sekerja – yang baik hari sudi menumpangkan saya ke stesen LRT Bangsar. Saya tinggalkan motosikal dalam laman pejabat kerana merasakan lebih selamat berada di sana. Kedai Buku MPH di NU Sentral terletak di tingkat dua.…

  • Bibliofil

    Ziarah Kedai Buku MPH di Bangsar Village

    Selepas solat Jumaat sebentar tadi, aku tidak betah pulang ke pejabat sebelum dapat berkunjung ke Kedai Buku MPH, Bangsar Village yang letaknya hanya bersebelahan dengan Masjid. Kalau boleh, setiap detik mahu sahaja aku dokumenkan dalam bentuk gambar dan penulisan, tapi memadailah aku dapat dokumentasikan bahawa hari ini aku ke kedai buku. seperti biasa, aku akan ke tempat buku-buku yang di-highlight-kan – letaknya betul-betul berhadapan dengan ruang masuk ke MPH. Kemudian aku menelusuri bahagian ‘fiction’ dan terus menuju ke rak buku sastera (Asia dan Barat). Aku mencari-cari buku tulisan Tetsuko Kuronayagi berjudul “Totto-chan The Little Girl at the Window”, tetapi tiada. Dengar kata, karya Jepun ini telah menjadi faktor berlakunya rombakan/penambah…

  • Bibliofil

    Ulasan Ringkas: Biblioholisme karya Tuan Shaharom TM Sulaiman

    Tidak terkata. Melihat muka hadapan buku ini sahaja, sudah boleh menerbitkan rasa senang dan lapang dada. Karya ‘berhantu’ ini sudah saya khatam sebanyak dua kali. Banyak fata-fakta dan pengalaman serta tip-tip penting mengenai dunia buku dan pencintanya terdapat di dalam karya setebal 106 muka surat ini. Penulis berjaya menerbitkan rasa ingin tahu dihati pembaca seperti saya sehinggakan saya sanggup ‘membuuang masa’ membaca berulang kali. Salah satu petikan yang amat menarik dan mendalam ialah: “Bacalah untuk menerangi hidup anda, membunuh kejahilan anda, bahkan untuk menguasai dunia dan akhirat. Rasanya tidak ada lagi alat yang tarikannya sebagai “penghidup”, “penyaksi”, dan “perakam” kepada kelangsungan peradaban manusia melainkan BUKU. Oleh sebab itulah, buku layak…