• Usahawan Tulen

    Di Mana Produk IKS dalam Pasaran??

    Malaysia International Commodity & COnferences 2013 atau singkatannya MICCOS sedang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). program yang bermula Khamis lepas akan berakhir pada petang ini jam 6. Ini program dwi tahunan bagi Institut Industri Perladangan & Komoditi yang sangat penting bagi para pengeluar, peladang kecil, usahawan, pengilang dan semua agensi yang berkaitan dengan industri tersebut. Program yang kita boleh anggap lebih kurang sama fungsinya dalam usaha menyediakan wasilah/sarana kepada para usahawan bertemu dengan para pelanggan yang berpotensi ialah dalam acara MAHA atau Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show. Program ini juga dwi tahunan. Jika MAHA yang terakhir adalah pada 2012, bermakna MAHA seterusnya adalah pada tahun…

  • Usahawan Tulen

    Kali Pertama Aku Berniaga

    Sewaktu aku menulis ini, anak perempuanku sedang nyenyak dibuai mimpi. Begitu juga isteriku. Barangkali keletihan menyiapkan penulisan tesisnya malam tadi sehingga semalaman tidak tidur. Obses. Aku sedang ke arah untuk obses berniaga. Bidang yang aku minati sedari dahulu, tetapi sentiasa sahaja gagal. Sebagai perkongsian, aku mula berniaga sedari umur 14 tahun. Ketika itu dusun buah rambutan atukku sedang masak ranum. Memandangkan terlampau banyak buah, atuk mencadangkan agar buah-buahan tersebut dijual. Kettika itu, Papa menjadi CEO nya. Papa kata, kita akan menjualnya di Pantai Teluk Batik. Seikat mengandungi 50 biji dan dijual dengan harga RM2.00 seikat. Sampai sahaja di pantai, semangat yang meluap-luap sewaktu di kampung tadi tiba-tiba lesap. Badan jadi…

  • Usahawan Tulen

    Fauzi: Pertemuan Di Ali Maju Setiawangsa

    Petang semalam berpeluang berjumpa dengan Fauzi. Sudah lama tidak bertemu. Pertemuan hampir sejam itu, kami isi dengan mengemaskini aktiviti yang sedang kami lakukan. Tujuan asalnya, Fauzi ingin berkongsi info tentang sebidang tanah yang terdapat di Batu Karang, Selangor. Tanah seluas 3 ekar itu, menurut beliau, ingin dibangunkan untuk projek penternakan lembu – sebuah perancangan sejak kami (Saya, Fauzi dan Fazlin) sedari tingkatan 3 lagi. Kisah ini tercetus bila masing-masing merancang untuk melanjutkan pelajaran tingkatan 4 di sekolah teknik. Jujurnya, saya mengikuti kursus Pengajian Keusahawanan di Teknik Persiaran Brash atas pengaruh perancangan projek kami ini. Bahkan, kerja kursus saya -kami perlu buat Rancangan Perniagaan- di tingkatan 5 bagi subjek Pengajian Keusahawanan…