• Keluarga

    Diabetes: Potensi Penyakit Keturunan Yang Menakutkan

    Keturunan saya mempunyai genetik satu penyakit yang sangat popular di zaman ini. Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang menakutkan. Sekali anda dikesan mempunyai kencing manis, selama anda hiduplah ia akan bersarang dalam diri. Walau tidak dinafikan ada kes-kes tertentu yang menyebabkan seseorang pengidap kencing manis itu kembali normal, iaitu sejurus selepas mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Namun, itu sangat jarang berlaku. Kebiasaannya, ia akan diakhiri dengan pergantungan pada insulin akibat kegagalan pankreas menghasilkan enzim insulin dalam badan atau sebahagian anggota badan terpaksa dipotong. Diabetes ini bukan penyakit sembarangan. Pada saya ia adalah salah satu penyakit kronik yang menginsafkan. Kegagalan pankreas menghasilkan insulin secara stabil (atau tidak langsung dapat dihasilkan)…

  • Keluarga

    Sesi ‘Memecah Ruyung’ ;)

    Kadang-kadang berat juga jika menjumudkan isi kandungan blog dengan perkara yang serius. Sebab ia akan membuatkan si pemiliknya jadi ‘jumud’ dalam membuat sebarang perkongsian. Akhirnya, idea dan perkongsian yang berlambak di hati, hanya berlalu begitu sahaja; tanpa diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Saya cuba untuk ubah keadaan tersebut. Untuk kali ini, saya hendak kongsikan bahawa menjadi seorang suami dan ayah adalah suatu yang tidak pernah terbayang semasa sebelum berkahwin lagi!;) Saya seorang bapa kepada seorang anak. Juga seorang suami kepada seorang isteri yang penyayang. Cabaran menjadi seorang bapa memang tidak pernah terfikir, hatta sebelum menjadi seorang suami orang lagi! Jadi kepada yang belum berkahwin, stabilkan hati anda. Jangan pandang enteng dala…