• Masyarakat

    Saya Tidak Kisah Sangat Isu MB Selangor…

    Saya tidak kisah sangat. Benar. Saya tidak kisah sangat dengan perlantikan MB baharu bagi Selangor. Bukan kerana ia tidak penting bagi saya, tetapi walau sesiapapun yang memimpin sesebuah negeri atau negara, pemimpin tersebut bukan berdiri seorang. Di belakangnya terdapat ramai penasihat yang bakal memberi maklumat – sama ada benar atau salah. Di sini letaknya peranan Kuasa Ke-3 dalam mengimbangi keputusan yang dibuat oleh para pemimpin. Isu MB Selangor hanya satu corak atau cara berpolitik pihak-pihak tertentu pada masa tertentu untuk tujuan tertentu. Masharakat marhaen tapi urban yang duduk sekitar Selangor, tidaklah sangat merasainya secara langsung, cuma disebabkan sifat ke-urban-an, selalu dengan aplikasi telefon pintar, maka terasa jugalah bahang perdebatan isu…