Bibliofil Bervisi!

Seperti dalam nukilan saya yang terdahulu, seorang Bibliofil bukan seorang yang tidak bervisi. Mereka ini bukan seorang pencinta buku semata-mata. Visi mereka tinggi. Mereka mahu memandaikan diri, keluarga dan bangsa mereka melalui karya-karya tempatan atau antarabangsa. Seperti dalam budaya kita, terdapat pelbagai jenis bahan bacaan atau buku. Dahulu, bahan bacaan …

Projek Khas sempena PBAKL 2015!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL 2015) kali ini saya anggap sangat meriah. Meriah kerana saya melawatnya sebagai seorang pemain industri buku dan juga sebagai seorang pencinta buku-tentunya! Terdapat beberapa buku yang sudah saya miliki pada PBAKL kali ini. Saya sedang merancang sesuatu dari hasil pembelian pada kali ini.┬áPerancangan …

Lapar Membaca

Sehari tanpa membaca ibarat sehari kelaparan. Lapar membaca ialah antara ciri seorang Bibliofil tegar. Kehidupan seharian tanpa membaca adalah kematian bagi mereka. Jasad yang hidup tetapi ruh yang ‘mati’. Membaca juga adalah vitamin kehidupan. Keperluan seorang insan yang wajib dipelihara. Sehari tanpa membaca adalah kezaliman kepada diri. Zalim kerana mengekalkan …

Cintai Buku, Cari Kebenaran

Menjadi seorang pencinta buku itu bukan mudah, kecuali seseorang itu benar-benar memahami mengapa dia perlu cinta pada buku. Cinta pada buku hanyalah mukadimah untuk mencari kebenaran. Proses mencari kebenaran pula tidak mudah dan bukan semata-mata bergantung kepada buku. Sebab itu, untuk mendapat kebenaran, bacaan sesuatu buku itu harus disertai dengan …