• Bibliofil

    Blessed Unrest (2)

    The Long Green. Bab Dua dalam Blessed Unrest, menceritakan asas falsafah dan ahli falsafah yang mempengaruhi pemikiran para biologis, naturalis dan bbotanis sehingga melahirkan karya-karya seperti Systema Naturae (Carl von Linne), Nature (Ralph Wardo Emerson), A week on the Concord and Merrimack Rivers (Henry David Thoreau), An Overland Journey (Horace Greeley), dan banyak lagi karya-karya yang terbit hasil pengalaman mereka menerokai muka bumi sehingga ada yang menetap di pulau-pulau berbelas tahun bagi menguji teori Darwin (seperti usaha Peter dan Rosemary Grant yang tinggal di Galapagos, duduk di Daphne Major, dan mengkaji teori Darwin selama 20 tahun!) Dalam babak lain di bab ini, seronok untuk saya kongsikan natijah kepada wujudnya karya2…

  • Bibliofil

    Blessed Unrest (1)

    Teh hijau dan roti sebagai teman disamping watak utama; buku. Sambung menelaah Blessed Unrest. Mula memasuki bab Dua setelah bab Satu (Blessed Unrest) yang banyak menceritakan perihal sebab musabab lahirnya banyak gerakan peringkat akar umbi yang tidak bersifat ‘ideology and fundamentalism’. Juga turut memaparkan cabaran yang dihadapi oleh gerakan-gerakan yang pelbagai ini sama ada bersifat dalaman atau luaran. Memasuki bab Dua, (The Long Green) menyoroti isu alam sekitar dan memperkenalkan serba sedikit ringkasan ‘semangat’ environmentalis dunia Barat yang mengangkat botanis Sweden, Carl von Linne (1707-1778). Satu perkara yang menarik adalah pada 1735, beliau (dikenal juga sebagai Linnaeus) telah menulis berkenaan dengan ‘3 kingdom; animal, vegetable and mineral’ dalam satu dari…

  • Keluarga

    Detik Bersejarah: MH370 Ditemui

    Hari ini adalah hari bersejarah buat Malaysia. Serpihan di Pulau La Reunion, disahkan sebagai serpihan kapal terbang MAS, MH370. Sedih dan sebak buat seluruh rakyat Malaysia. Terutama sekali ahli-ahli keluarga dan rakan taulan. Segala harapan hanya tinggal harapan. Yang hidup perlu meneruskan kehidupan. Anak-anak yang kecil, perlu dibesarkan dengan kasih-sayang dan akhlak mulia. Semoga ahli keluarga tabah mengharungi ujian Ilahi. Andai itu berlaku kepada ahli keluarga, saya sendiri tidak dapat membayangkan apa perasaan sebenarnya. Hormatilah keluarga dan sahabat handai mereka yang terlibat. Teruskan berkata yang baik-baik sahaja.

  • Keluarga

    Tonik Hidup Sihat: Amalkan Minum Teh Hijau!

    Gaya hidup sihat adalah kewajipan kita. Dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat, ia mampu mengekalkan momentum kita untuk terus bekerja dan berjuang dengan baik. Saya dahulunya agak skeptik dengan teh Hijau. Sebab rasanya tawar dan tidak sedap. Mungkin kerana pada ketika itu terbiasa meminum teh bergula. Tapi bila sudah dewasa, saya mula ambil berat tentang teh Hijau. Tidak dapat saya nafikan manfaat yang diperolehi dengan mengamalkan teh hijau pada setiap hari. Atas rasa kesedaran itu, saya kongsikan artikel di bawah: The green miracle drink from China made its way long ago┬áinto the mugs of Americans all across the nation for its touted health benefits. From a weight loss…

  • Masyarakat

    1MDB: Isu yang Genting dan Perlu Penyelesaian Segera

    Semua sibuk isu 1MDB. Isu ini hangat kerana berkait dengan isu wang rakyat, ketelusan pengurusan sebuah syarikat kaitan kerajaan dan juga kejujuran sebuah parti politik mentadbir negara. Isu ini juga terpalit dengan persepsi bahawa terdapat usaha dari pihak luar untuk berkonspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional. Juga wujud persepsi bahawa badan-badan penyiasat diganggu gugat daripada menjalankan penyiasatan dengan telus. Termasuklah tindakan DS Najib merombak kabinet baharu dengan menggugurkan beberapa orang penting seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin. Semua tindakan ini semakin mengelirukan rakyat sebenarnya. Bahkan saya fikir ini turut memberi kesan kepada kejatuhan nilai mata wang Malaysia (RM) ke tahap paling melebihi RM3.88 pada hari ini (5 Ogos 2015).…