• Kajian

    Paul Hawken ‘Membuka Pintu’ Mengenal Sosok Yang Melandasi Perjuangan Aktivis Gerakan Alam Sekitar di Barat

    Perjalanan bermula. Walau belum lagi bergelar pelajar formal mana-mana UA. Tapi setelah berbincang dengan guruku, aku menetapkan sesuatu untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Aku meneruskan pembacaan sekitar sejarah gerakan masharakat bagi mendapatkan keadilan sosial dan memelihara alam sekitar. Paul Hawken, setakat pembacaanku, telah menghubungkan aku kepada susur galur antara pemikiran yang mempengaruhi para aktivis alam sekitar di dunia Barat. Antara yang menjadi ‘anchor’nya ialah Charles Darwin dan Ralph Waldo Emerson. Aku rasa, dengan menyenaraikan dua nama besar ini sudah cukup bakal memberatkan pengalaman pembacaan aku kelak. Paul Hawken bukan sahaja menamakan dua tokoh ini sahaja, malah turut menyatakan insna-insan yang terpengaruh dengan idea pemikiran mereka sehingga menjalankan kajian berpuluh tahun…

  • Alam Sekitar

    Mesej Lestari Buat Warga Wilayah Persekutuan

    Februari 1. Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Cuti peristiwa bagi penduduk Wilayah Persekutuan. Tarikh ini disambut warganya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang kaya-raya dan ada juga yang miskin bandar. Kehidupan yang semakin menghimpit, mungkin membataskan aqal untuk melihat melangkaui hal-hal kekeluargaan – kerana keluarga sendiri belum dapat makan dengan cukup, inikan pula mahu ambil kisah hal orang lain? Tetapi bukan bermakna mereka tidak cakna hal ehwal politik dan ekonomi tempatan. Kedua-dua hal tersebutlah antara faktor yang amat berpengaruh dan mencorak kehidupan mereka. Begitu juga hal-hal yang bersangkut-paut dengan alam sekitar. Masharakat abad ke 21 kini agak istimewa kerana tahap pendidikan yang semakin meningkat di…