Site Overlay

Ayuh Pupuk Semangat Menabung!

jimat-wang-duit

www.gsr2u.com.my/aliff

Ingin saya kongsikan 4 Panduan Menabung yang mungkin boleh berguna buat para pembaca:

#1: MENABUNG SEBELUM BERBELANJA

Setiap bulan saya akan memperuntukan hampir 15% dalam bentuk simpanan. Disebabkan pendapatan saya masih sederhana, saya membuat keputusan untuk mengira jumlah 15% termasuklah ‘belanja’ takaful, Perkeso, KWSP dan tunai. Simpanan dalam bentuk tunai, saya tukar kepada EMAS atau PERAK🙂

#2: DORONG DIRI UNTUK MENETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN

Dengan cara ini, saya motivasikan diri untuk MEMBERI DENGAN LEBIH BANYAK PADA MASA DEPAN. Tidak perlu tunggu untuk masa depan. Dapat sahaja pendapatan bulanan, boleh sahaja kita peruntukan untuk amal jariah. Banyak pertubuhan-pertubuhan amal yang ada. Semua itu membuka ruang dan peluang untuk kita lebih MEMBERI. Apapun, yang lebih utama ialah MEMBERI KEPADA KAUM KERABAT TERDEKAT TERLEBIH DAHULU. Lebih baik juga jika dapat menyusun matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tertentu. Kemudian cuba atur mengikut keutamaan.

Lagi satu, jangan lupa untuk membayar hutang jika ada.

#3: JADIKAN MATLAMAT MENABUNG SUATU CABARAN

Sudah mampu simpan lebih 15%? Apa kata tambah lagi? InsyaAllah, akan saya tambah dari semasa ke semasa, mengikut jumlah pendapatan bulanan.

#4: SIMPAN SEBAHAGIAN DARI ‘DURIAN RUNTUH’

Siapa yang tidak pernah mendapat bonus setiap akhir tahun? Bagi yang mendapat bonus, apa yang diibuat dengan bonus tersebut? Mungkin ada yang menghabiskannya dengan cara membeli perabot rumah yang baru, menukar ‘sport ream’ kereta yang baru, membeli gajet keluaran terbaru. Pendek kata, semuanya yang baru-baru.

Apa kata, mulai sekarang, jika menerima lebihan pendapatan seperti bonus atau hadiah wang tunai, simpanlah sebahagian wang tersebut dan jangan digunakan. SIMPAN DALAM BENTUK EMAS kerana ia lebih bernilai dari anda hanya menyimpannya dalam bank.

Jika menerima kenaikan gaji, tingkatkan tabungan anda. Ia dapat membantu anda sekiranya ditimpa kesusahan atau kecemasan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes