Site Overlay

Apa Yang Perancang Kewangan Anda Salah Info Tentang Emas & Perak?

1 oz Rhinoceros Hornbill 2012 Silver Coin

www.gsr2u.com.my/aliff

Salah seorang yang menjadi rujukan saya melalui bahan bacaan penulisan dalam kalangan Coach Kewangan Alternatif ialah Jonathan Quek. Melalui karya beliau, saya mendapat perspektif tentang Emas & Perak dalam konteks ia sebagai Wang Yang Benar (Real Money). Cara pandangnya juga berasaskan logam-logam berharga tersebut dan bukan dari sudut pandang wang fiat (yang senantiasa memenangkan wang fiat).

Benarkah Emas & Perak benar-benar Berisiko?

Menurut beliau, salah satu sebab mengapa pada ketika ini hanya 1% dari keseluruhan aset globa dilaburkan dalam logam-logam berharga ini ialah disebabkan oleh ‘perang psikologi’ yang dilancarkan melalui industri perancangan kewangan ke atas emas dan perak. Berdekad lamanya, para perancang kewangan mengulangi mantara mereka yang salah iaitu, “Emas dan perak adalah sangat BERISIKO!”. Menurutnya lagi, dengan menggunakan strategi seperti itu, kalau sesuatu itu perkara salah sekalipun, tetap akan diterima sebagai betul oleh masyarakat ramai.

Jonathan berkata, ketika harga emas dan perak memuncak pada 1981, emas pada harga US$850 manakala perak berharga US$49, para perancang kewangan menggalakkan klientnya memegang aset dalam bentuk emas dan peraak. Tetapi apabila harganya meruduum serendah US$250 bagi emas dan US$4 bagi perak, mereka mula berpaling dari logam-logam tersebut dan mula berpegang bahawa kononnya logam-logam tersebut adalah suatu pelaburan yang berisiko tinggi!

Sistem Monetary Yang Jujur

Beliau turut mengungkapkan beberapa perkara seperti berikut:

During one of my seminars, a very smart participant asked me, “Jonathan, what do you think will happen if President Nixon did not close the gold window back then in 1971 and what if there were no central banks around the world?”

I simply answered, “There will be no inflation and all financial planners will be out of a job.”

The reason I dare to make this bold statement is simply because of the ways in which financial planning is being practiced today. A financial planner meets you to discuss about your retirement goals. He/she will then assume the rate of inflation, how much money you need when you retire and the number of days before you hit the bucket. Assuming that there were no central banks around the world and we were all using an honest monetary system – gold and silver, we will have no inflationary problem and there might not be this profession known as “financial planner”.

Apakah Portfolio Kewangan Anda?

Sekarang, apabila terdapat para perancang kewangan yang memberitahu beliau agar tidak meletakkan lebih daripada 10% portfolio klientnnya dalam bentuk emas dan perak, beliau akan bertanya kembali:

“Which is risker – a monetary system that has never failed in the 5,000 years of human history or a fund that is managed by humans?”

Kata beliau lagi:

It is the absolute fact that time and again throughout human history, gold and silver prices have been revalued to account for all the excess paper money in circulation. The precious metals are not called ‘precious’ for nothing. Governments and central banks can always print more paper money to decrease the value of our wealth but they can never print more precious metals. That’s why these metals are precious! It is the only way we can confidently preserve the value of our wealth.

Akhir sekali, dalam artikel beliau, beliau bertanya sama ada para pembaca masih mahu menyimpan portfolio dalam bentuk dana (fund) atau dalam bentuk wang yang jujur dan telah terbukti sebagai aset paling selamat serta berpotensi untuk meningkatkan kekayaan (atau nilai harta) di saat ketidak tentuan ekonomi negara dan dunia.

Pandangan beliau di atas sangat menarik perhatian saya. Jika selama ini, kita memandang dari sudut wang fiat, apa kata kita alih cara pandang kita hari ini.

Bukankah suatu yang pelik jika suatu yang tidak bernilai di anggap bernilai, manakala suatu yang telah terbukti bernilai pula ia diragui nilai yang terkandung di dalamnya.

Walau bagaimanapun, saya adalah seorang yang mempercayai kepentingan merancang kewangan (bahkan saya adalah Perancang Kewangan kepada keluarga saya). Isi yang hendak disampaikan di sini adalah sudut pandang negatif sebahagian para perancang kewangan yang mereka kemukakan kepada klient mereka, berkaitan dengan emas dan perak.

Jadi jangan salah anggap yang saya anti kepada perancang kewangan.:)

Sumber isi: http://www.sharesinv.com/articles/2013/03/19/what-your-financial-planner-doesn%E2%80%99t-know-about-gold-silver/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes