Site Overlay

Petua: Kunyit dan Selsema

2.35 pagi

Alhamdulillah..

Puteriku, Rumaisha Az-Zahra baru sahaja dapat lelapkan mata. Bapa mana yang tidak risau apabila si anak sukar bernafas akibat hidung tersumbat. Si kecil menangis meraung untuk ekspresi diri. Vicks sudah disapu di belakang, dada dan hidung…

Mujur isteriku rajin mencari alternatif kepada penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi dadah. Menurut petua, kunyit ditenyeh dan hasilnya disapu atas hidung hingga ke pangkal antara dua mata. Dalam beberapa minit kemudian, keluarlah mukus yang mencair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes