Keluarga

Sesi ‘Memecah Ruyung’ ;)

Kadang-kadang berat juga jika menjumudkan isi kandungan blog dengan perkara yang serius. Sebab ia akan membuatkan si pemiliknya jadi ‘jumud’ dalam membuat sebarang perkongsian. Akhirnya, idea dan perkongsian yang berlambak di hati, hanya berlalu begitu sahaja; tanpa diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Saya cuba untuk ubah keadaan tersebut.

Untuk kali ini, saya hendak kongsikan bahawa menjadi seorang suami dan ayah adalah suatu yang tidak pernah terbayang semasa sebelum berkahwin lagi!;)

Saya seorang bapa kepada seorang anak. Juga seorang suami kepada seorang isteri yang penyayang.

Cabaran menjadi seorang bapa memang tidak pernah terfikir, hatta sebelum menjadi seorang suami orang lagi! Jadi kepada yang belum berkahwin, stabilkan hati anda. Jangan pandang enteng dala isu perkahwinan, tapi pada masa yang sama tingkatkan rasa tawakkal pada Allah agar Dia meredhai kehidupan rumah tangga kita selama-lamanya.

Kesabaran dan menerima antara satu sama lain adalah dua kunci utama dalam melayari bahtera rumah tangga.

Sebagai suami, saya bertindak sebagai seorang ketua atau nakhoda kapal. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara wajib menjadi perhatian seorang sang nakhoda.

Tapi saya ini bukanlah jenis orang yang ‘terperinci’. Kerana itu, saya amat bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang ‘terperinci’ orangnya. Bak kata orang, tegas dalam kelembutan. Beliau menjadi insan ‘check and balance’ dalam rumah tangga kami. (sekarang saya  sedang terus belajar untuk jadi orang yang ‘terperinci’ sifatnya;))

Andai ada yang tidak kena, lalu kena bebel, senyapkan sahaja. Itu tanda dia sayang anda…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *