Diabetes: Potensi Penyakit Keturunan Yang Menakutkan

Keturunan saya mempunyai genetik satu penyakit yang sangat popular di zaman ini.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang menakutkan. Sekali anda dikesan mempunyai kencing manis, selama anda hiduplah ia akan bersarang dalam diri. Walau tidak dinafikan ada kes-kes tertentu yang menyebabkan seseorang pengidap kencing manis itu kembali normal, iaitu sejurus selepas mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Namun, itu sangat jarang berlaku. Kebiasaannya, ia akan diakhiri dengan pergantungan pada insulin akibat kegagalan pankreas menghasilkan enzim insulin dalam badan atau sebahagian anggota badan terpaksa dipotong.

Diabetes ini bukan penyakit sembarangan. Pada saya ia adalah salah satu penyakit kronik yang menginsafkan. Kegagalan pankreas menghasilkan insulin secara stabil (atau tidak langsung dapat dihasilkan) dalam badan seseorang berlaku kerana corak pemakanan si pengidapnya.

Fungsi insulin adalah untuk menukar gula dalam darah menjadi tenaga. Sekiranya insulin tidak stabil atau tidak berjaya dihasilkan, gula dalam badan akan gagal dikeluarkan dalam bentuk tenaga dan ini akan membahayakan kesihatan tuan punya badan.

Oleh kerana itu, sangat penting menjaga kesihatan sebelum kena. Saya sedar kemungkinan-kemungkinan tersebut dan sebab itu kena jaga corak pemakanan. Saya mula mengkaji tentang stevia dan madu. Dua bahan anugerah Allah yang dijadikan untuk memberi manfaat kepada manusia.

Sekiranya bercadang mahu mengawal kanduggan gula dalam darah:

1) Amalkan pengambilan stevia sebagai pengganti gula tebu.

2) Amalkan pengambilan madu seperti yang disarankan.

3) Kurangkan pengambilan air tin.

4) Banyakkan minum air kosong (sky juice)

Empat langkah dia atas, tidak mudah untuk istiqamah mengamalkannya, tapi saya berusaha juga untuk jadikan ia sebagai sebahagian daripada budaya hidup dan corak pemakanan saya.

Saya lihat semakin hari, masyarakat semakin celik tentang kepentingan kesihatan, tetapi ia tidak semudah dengan kata-kata. Kena ada azam. Salah satu cara saya tunjukkan azam untuk terus komited menjaga kesihatan ialah dengan menulis.

Sedikit ‘disclamer’, penyakit-penyakit yang dikatakan bersifat keturunan itu, pada saya satu kenyataan yang boleh diubah. Tapi dengan syarat, komitmen untuk berubah. Komitmen untuk me-revolusi-kan kesihatan melalui corak pemakanan yang sihat.

Selamat membaca dan beramal. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *