Kewangan Islam

Senarai Penerima Anugerah Sidang Kemuncak Takaful Antarabangsa Kali ke 8

Sidang Kemuncak Takaful Antarabangsa ke-8 atau “8th International Takaful Summit” (ITS) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Acara tahunan gilang-gemilang yang menghimpunkan para pemain industri takaful seluruh dunia itu telah diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Penganjuran ini adalah kali pertama dibuat di Abu Dhabi. Enam tahun pertama penganjurannya, ia diadakan di London dan tahun ketujuh pula di Mesir.

Selain menghimpunkan para pemain industri, pentas-pentas forum turut disusun sepanjang dua hari Sidang Kemuncak yang bermula 25 Februari 2014 dan berakhir pada 26 Februari 2014. Antara yang terlibat ialah Dato’ Mohammed Hassan Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Takaful Malaysia. Selain daripada itu, upacara penyampaian Anugerah Takaful Antarabangsa 2014 turut disempurnakan.

Berikut adalah para penerima Anugerah-Anugerah Takaful Antarabangsa 2014:

1) International Best Marketing – Weqaya takaful Insurance

2) International Best Bancatakaful – FWU

3) International Best Technology – Centegy

4) International Best New takaful Company – Alinma Tokio Marine

5) International Best Ratings Agency – Standard & poor’s

6) International Law Firm – Norton Rose Fulbright

7) International Asset management House – CIMB Principal islamic Asset Management

8) International best Brokerage – Aon Benfield

9) International Best Advisory Firm – EY

10) Best Retakaful Asia – ACR takaful

11) Best Retakaful Company Africa – Africa Retakaful

12) Best Retakaful Company Middle East – Hannover retakaful

13) Best BancaTakaful Middle East – Abu Dhabi National Takaful

14) Best Takaful Company Sudan – Ta’awuniya

15) Best Takaful Company Kuwait – Boubyan Takaful

16) Best Takaful Company Egypt – Tokio Marine Egypt

17) Best Takaful Company Pakistan – Pak Qatar

18) Best Takaful Company Malaysia – Takaful Malaysia

19) Best Takaful Company Saudi Arabia – Weqaya

20) Best Takafu; Company UAE – Noor Takaful

21) Retakaful CEO of the Year – Mahomed Akoob

22) Takaful CEO of the Year – Ahmed Rizlan (CEO EtiQa Takaful)

Sumber: http://www.asiainsurancereview.com/News/View-NewsLetter-Article/id/29550/type/MiddleEast/International-Takaful-Awards-unveils-22-winners

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *