Site Overlay

DBKL dan ‘Ikan DBKL’

Nama DBKL amat sinonim dan sangat dekat dihati para penduduk kota Lembah Klang. Penulis sendiri buat pertama kali mengenali ‘DBKL’ apabila mengenali ‘ikan DBKL’ sewaktu hendak membeli kura-kura di Pasar Pudu hampir 26 tahun yang lalu. Penulis mendapat tahu ia diberi nama ‘ikan DBKL’ kerana berfungsi seumpama ‘vacuum cleaner’ di lantai akuarium. Oleh sebab itu, ia diberi nama ikan DBKL. Itu cerita sewaktu kecil!

Bagi warga kota hari ini, DBKL dekat dihati kerana para penguatkuasa merekalah yang aktif menyaman kereta yang meletak kenderaan pada tempat yang ‘menghalang atau berpotensi menghalang laluan’ dan ‘tidak memaparkan kupon parkir kereta di tingkap hadapan kenderaan’. Tiada tolak ansurkah DBKL apabila berhadapan isu ini? Dalam satu maklumat yang penulis terima dari seorang pemilik kereta yang disaman (hampir setiap minggu!), mereka sudah membuat aduan supaya menambah ruang parkir atau bertolak ansur kerana pemilik-pemilik kenderaan yang merupakan pekerja blok rumah ekdai sekitar Bukit Damansara, tetapi tiada tindakan lanjut.

Oleh itu, sekiranya pegawai penguatkuasa datang ke kawasan berkenaan, mereka akan tunggu dan bersua muka dengan pegawai tersebut supaya tidak menyaman kenderaan mereka. Sampai bila situasi sebegini akan berlaku? Ketika nukilan ini dilakukan, DBKL difahamkan akan membuat parkir bertingkat di Taman Metropolitan Kepong. Bagaimana dengan aduan lain seperti di Bukit Damansara? Sampai bila para pekerja di sana perlu menambah saman dari hari ke hari? Nampaknya, DBKL seolah-olah masih gagal cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Peristiwa yang agak baharu ialah berikutan betapa teruknya DBKL dan pemaju kerana merobohkan perkampungan Melayu, iaitu Kg. Chubadak Tambahan di Sentul. Apakah maklum balas dari pihak DBKL? Tiada langsung kedengaran isu ini dibawa ke media massa Рselain media alternatif seperti wartawan Harakah. Sehingga kini, penulis sendiri tidak nampak respon balas atau kenyataan media yang dibuat oleh DBKL  untuk memberi penerangan berkenaan isu itu.

Lagi isu tentang DBKL, ialah berbalik kepada ‘trademark’ biasa yang diberikan terhadap DBKL, iaitu berkaitan pengurusan sisa pepejal yang berlaku di kawasan perindustrian Jalan Raja Arfah, Segambut.{1} Dalam kes ini, berlaku tolak menolak antara DBKL dengan kontraktor mengutip sisa pepejal (sampah). Menurut kontraktor lagi, pihak mereka sudah beberapa kali mencadangkan pihak DBKL supaya dapat memberi kontrak kutipan di kawasan perindustrian tersebut, tetapi tiada maklum balas oleh pihak DBKL.

Penulis bukan mahu menyalahkan DBKL 100% – kerana penulis tidak tahu apa sebenarnya masalah DBKL ini. Tetapi yang jelas, DBKL gagal berkomunikasi dengan baik kepada warga kota dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Penulis juga tidak mengiyakan perbuatan DBKL terhadap penduduk Kg CHubadak, tetapi melalui maklumat yang penulis perolehi, persepsi yang waujud ialah ‘DBKL memang ZALIM!

Jadi bagaimana DBKL mahu memperbetulkan persepsi negatif yang sedang memenuhi zihin warga kota, apatah lagi rakyat malaysia yang cintakan KEADILAN dan KEBENARAN? DBKL harus menjiwai semangat TRANSFORMASI dalam mengurus konflik dengan pihak-pihak berkepentingan.

Rujukan:

1. Hlm. 20, Sinar Harian, Isnin, 16 Jun 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes