Site Overlay

Do The Work You Want To See Done!

Berkata Long Jawi; Awal pagi tadi, bila bangun dari tidur, tiba-tiba rasa malas menjalar dalam urat tubuh. Apa yang saya buat; saya duduk dan cuba ‘set up’ zihin saya:

“Hari ini saya mahu berbakti kepada orang lain. Saya perlu bertugas untuk pastikan orang lain mendapat manfaat. Sesusah manapun tugas, mahu atau tidak, saya perlu bangun dan bekerja! Saya sedang lakukan tugas mulia!”

Alhamdulillah, ia memberi kesan dan kekuatan untuk saya bangun pagi ini.

Tiba di pejabat, saya menyusun atur kerja dan ternyata banyak kerja yang perlu diselesaikan minggu ini.

Di satu sudut, saya terjumpa sebuah buku lalu membeleknya.

Ada seperenggan ayat yang menarik perhatian saya dalam buku tersebut:

“Draw the art you want to see, start the business you want to run, play the music you want to hear, write the book you want to read, build the products you want to use – do the work you want to see done.”

Ini adalah ‘big word’ bagi saya untuk hari ini.

Apapun Long Jawi tahu bahawa cabaran masih jauh, hari masih pagi untuk diharungi.

Setiap manusia perlukan pengulangan ungkapan visi dan misi untuk berjaya.

Begitulah Long Jawi bercerita di pagi hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes