Site Overlay

Selamat Bergelar Graduan (Sambil Memikul Amanah)

Bercerita Long Jawi di petang hari;

Saya baru pulang dari Bangi. Bertemu dengan sahabat handai, susah dan senang bersama sewaktu di alam kampus.

Jika dahulu pertemuan kami penuh dengan agenda islah kampus, tamrin dan strategi siyasah. Tapi kini kami berkumpul buat kali pertama sejak sekian lamanya untuk mengetahui kisah hidup kami – masng-masing.

Ada yang beranak satu dan dua. Ada yang belum pun berkahwin lagi. Maka didoakan mereka mudah jodohnya, cepat pula berzuriat.

Berkata Long Jawi pada sahabatnya: Bangi ini kelihatannya seperti pekan orang kita. Tidak susah mencari kedai makanan yang pelbagai. Tidak usah juga diragui akan kehalalannya.

Bagaimana dengan kos sara hidup?

Suasana sunyi…

Lantas Long Jawi bersuara; Semakin meningkat. Bangi diumpamakan seperti pinggir bandar tetapi saban tahun kos sara hidup tetap dirasai. Harga jualan rumah semakin meningkat.

Lalu siapa yang akan bantu menyelesaikan isu-isu ini?

Balas Long Jawi sambil melihat adik-adik UKM yang baru bergelar graduan; Sepatutnya mereka.

Begitulah cerita Long Jawi di petang hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes