Site Overlay

Kompilasi Mentaliti Ahli Politik, Pemimpin Masharakat & Masharakat Zaman Dinasour

**************

NGO ekonomi Melayu yang ada ciri-ciri pemusnah bangsa ialah suka membodek kerajaan dan berpegang kepada prinsip HARAM mengkritik kerajaan. Jika mengkritik, katanya susah dapat projek, susah dapat grant, kerajaan sudah banyak berjasa. Pendek kata, hidup akan menjadi susah jika mengkritik kerajaan.

*************

Andai menjadi susah sekalipun, ia adalah suatu yang terpuji kerana berani mengkritik disaat yang lain hanya pandai mengipas.

Kepada anak muda yang bercita-cita hendak jadi ahli politik masa depan, janganlah anda guna taktik sekat-menyekat rezeki orang melalui amanah kuasa yang diberikan oleh rakyat, kerana tabiat ini hanya menampakkan kebebalan anda sebagai ahli politik.

Pandangan orang terhadap orang seperti ini umpama komputer zaman 90-an. Ia sudah tidak digunakan lagi, walau masih boleh guna. Ia bertindak sebagai hiasan zaman baru.

*************

Saya tidak suka pemimpin masa depan suka ber-selfie. Fokus pada hasil dan jika hendak sekali-sekali itu bolehlah. Kalau hendak bergambar dengan tokoh lain pun bagus. Tiada masalah.

Kalau hendak ber-selfie, pakailah baju Melayu atau baju kurung. Sebab macam sudah jemu lihat orang berkot ke sana ke mari.

*************

Kalau naik, marah kau main. Hilang pertimbangan dan langsung tiada kebaikan.

Kalau turun, segan2 nak puji. Jika mahu puji pun, tetap ada benda negatif dipalitkan.

Maka, senyaplah segala rasional yang diperjuangkan.

*************

NGO Melayu dan NGO Ekonomi Melayu yang hampas, saya doakan anda hilang dari muka bumi.

Semoga digantikan dengan NGO2 yang telus dan ikhlas membantu anak bangsa dan bukan mencipta NGO untuk penuhi tembolok perut.

************

Sampai masa akan meletup juga bila fikirkan orang yang berkobar-kobar cakap tentang perjuangan bangsa dan agama, tapi gunakan medium persatuan untuk dapat kontrak. Maka kemusnahan untuk kumpulan sebegini.

Doakan agar mereka berubah jadi lebih baik atau degil, maka diganti generasi baharu atau musnahkan pertubuhan tersebut.

Amin ya Allah!

*************

Tapi, NGO-NGO hampas yang saya maksudkan itu bukan IT Savvy pun. Mereka sibuk ke sana ke mari lobi projek untuk perut mereka ‘atas nama kuota bumiputera’ dan mereka ini mungkin juga sudah berumur dan ‘Old school’.

Tidak mengapa. Saya arahkan peringatan ini kepada semua NGO yang IT Savvy dan sesiapa sahaja yang hendak tubuhkan NGO.

(Akan dikemaskini…)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes