Site Overlay

Pengalaman Menziarahi Beberapa Kedai Buku di Kota Bharu

Pagi tadi saya pulang semula ke Kuala Lumpur setelah 4 hari berada di Kelantan, sempena cuti hari Wilayah dan Thaipusam. Saya cuba mencari masa terluang untuk ke beberapa kedai buku terkenal┬ádi Kota Bharu selama berada di sana seperti di SMO dan Popular – masing-masing di KB Mall dan juga di Syarikat Jaafar Rawas, Kota Bharu.

Pencarian saya terhadap karya-karya berunsurkan buku tentang buku dan juga yang bersifat kesusateraan – persuratan Melayu amat kurang dan banyak yang tidak dijumpai. Tetapi suasana di kedai Buku tetap menyenangkan hati saya, cuma pihak kedai buku belum menjadikan kedai mereka ‘mesra pembaca-penggila buku’ kerana beberapa kemudahan asas untuk penggila buku seperti tempat duduk atau bangku untuk mereka bersantai-santai tidak disediakan.

Saya terfikir andai Kota Bharu dapat dijadikan sebagai sebuah Kota Buku atau Bandaraya Ilmu atau apa sahaja nama yang melambangkan ia sebagai mesra ilmu, kerana ia sebuah negeri yang amat sinonim sebagai Serambi Mekah, bahkan juga sebagai Bandaraya Islam.

Sebuah Bandaraya Islam sudah tentu sebaiknya memberi fokus kepada pembentukan sebuah bandaraya yang mesra ilmu dengan memenuhi beberapa ciri seperti berikut:

1. Tumpuan pencarian objek-objek ilmu seperti buku – yang kondusif – oleh para Bibliofil dari dalam dan luar negeri serta negara.

2. Menjadi tempat tumpuan berkumpulnya para ilmuan/Ulama’ pelbagai bidang.

Saya kira semangat menuntut ilmu itu sudah wujud lama di Kelantan, tetapi ia terhad di sekolah-sekolah pondok, maahad serta madrasah – sekolah agama, juga di masjid-masjid tempatan. Perbincangnnya pula seharusnya melangkaui aspek fiqah semata-mata bahkan sebaiknya meliputi isu-isu yang lebih mendasar seperti aspek falsafah serta perbandingannya dengan Islam dan khazanah keilmuannya, isu-isu bersifat terkini dan membumi seperti soal perdebatan pembentukan polisi kerajaan, dan juga aspek-aspek kesenian seperti diskusi buku, mendeklamasikan puisi, serta aktiviti kesenian yang lain.

Semua ini pasti akan menaikkan martabat negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang Islami secara dasarnya walau tanpa menyatakan bahawa ia sebagai sebuah bandaraya yang Islami kerqana ciri-ciri tersebut sudah mengabsahkannya.

Rasa optimis tetap masih ada dan besar harapan saya untuk melihat perubahan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes