Bibliofil

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur: Si Gila Pencinta buku

Gila.

Status di atas khas kepada pencinta buku. Dia sudah maklum duit di poket yang diperuntukan untuk makan minum selama seminggu adalah terhad untuk makan dan minum sahaja. Tetapi disebabkan dia gila buku, lalu dibelanjakan duit makannya itu sehingga dia pasti akan kebulur 3 hari dalam seminggu.

Gila.

Gila sebab dia pentingkan diri. Kemahuannya zihin-nya mengatasi kemahuan perutnya. Apakan daya, sudah dinasihati, tapi tetap mahu belanjakan bagi memenuhkan ‘nafsu’ zihin-nya.

Gilakan?

Ah, kegilaan menjadi-jadi apabila tiba musim pesta buku seperti hari ini. 1 per 3 pendapatannya hanya untuk buku. Inikan gila namanya.

Maka dunia pasti akan terus dipenuhi orang-orang gila buku kerana mereka faham pentingnya membaca dan menuntut ilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *