Projek Khas sempena PBAKL 2015!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL 2015) kali ini saya anggap sangat meriah. Meriah kerana saya melawatnya sebagai seorang pemain industri buku dan juga sebagai seorang pencinta buku-tentunya!

Terdapat beberapa buku yang sudah saya miliki pada PBAKL kali ini. Saya sedang merancang sesuatu dari hasil pembelian pada kali ini. Perancangan yang akan menjurus kepada memartabatkan karya-karya tempatan yang tidak kurang hebatnya, bahkan setanding dengan karya-karya di peringkat antarabangsa.

Cuma mungkin kerana karya-karya kita berada dalam Bahasa Melayu, maka mereka ‘di luar’ sana tidak maklum akan karya-karya kita di sini.

Bukankah itu adalah sesuatu yang seharusnya menjadi perjuangan?

Mengapa perlu perjuangkan karya-karya tempatan yang berkualiti ke peringkat antarabangsa? Kerana karya-karya kita yang berkualiti mampu menyumbang kepada pembentukan sebuah tamadun hebat yang sudah pasti membentuk karakter-karakter insan Adabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *