Bibliofil

Bibliofil Bervisi!

Seperti dalam nukilan saya yang terdahulu, seorang Bibliofil bukan seorang yang tidak bervisi. Mereka ini bukan seorang pencinta buku semata-mata. Visi mereka tinggi. Mereka mahu memandaikan diri, keluarga dan bangsa mereka melalui karya-karya tempatan atau antarabangsa.

Seperti dalam budaya kita, terdapat pelbagai jenis bahan bacaan atau buku. Dahulu, bahan bacaan atau buku atau lebih dikenal sebaggai manuskrip (tulisan tangan) di nusantara amat terkenal kerana ia ditulis dalam bidang-bidang yang keilmuan yang pelbagai.

Orang Melayu sebenarnya suka mencatat atau mendokumentasikan pengalaman hidup serta kepakaran mereka. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, untuk memandaikan anak bangsa mereka. Supaya ilmu mereka dapat diwarisi oleh orang terkemudian.

Membaca dan menulis memang tidak dapat dipisahkan. Fungsinya adalah sama – sebagai wadah penyebaran ilmu pengetahuan.

Oleh sebab itu, sebagai seorang Bibliofil, kecintaannya kepada buku tidak boleh terhenti hanya terhenti sekadar menyintai dunia buku dan seisinya.

Membacalah. Menulislah. Walau tidak diterbitkan.

Selagi mana ia berupa tulisan yang boleh difahami, selagi itulah ia merupakan suatu yang boleh memberi makna dan manfaat, inshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *