Site Overlay

Info: Kemaskini Senarai Sekuriti Patuh Syariah Bertarikh 29 Mei 2015

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan senarai kemas kini sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Senarai sekuriti patuh Syariah, iaitu yang tersenarai di Bursa Malaysia, berkuat kuasa mulai 29 Mei 2015.

Sebanyak 19 sekuriti yang baru diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah telah dimasukkan dalam senarai tersebut manakala 13 sekuriti yang berada dalam senarai sebelum ini telah dikeluarkan. Senarai lengkap 674 sekuriti patuh Syariah serta pecahan mengikut sektor adalah seperti di Lampiran.

Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, MPS menerima input dan sokongan daripada SC yang mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut melalui, antara lainnya, laporan tahunan dan pertanyaan yang dibuat kepada pihak syarikat. MPS melalui SC, akan terus mengkaji status Syariah sekuriti-sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang diaudit.

MPS mengadaptasi pendekatan kuantitatif dua peringkat yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan, dalam menentukan status Syariah sekuriti-sekuriti tersenarai. Oleh yang demikian, sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh Syariah sekiranya aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada di bawah tanda aras.

Untuk mendapatkan senarai penuh sekuriti tersebut, boleh klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes