Apabila Si Kecil bertanya Tentang Makna Keperluan ‘Keseimbangan Ekzos Kiri dan Kanan Sesebuah Kereta’

Saya ingin kongsikan pengalaman anak sulung saya, Kak Long Rumaisha Az-Zahra (3 tahun pada tahun ini) awal pagi tadi ketika atuknya dukung dan bawa dia melihat kereta di luar rumah.

Tiba-tiba, Kak Long bertanya:

“Kenapa ekzos ada situ saja (merujuk eksoz yang ada sebelah kanan), takda di situ (merujuk sebelah kiri yang tiada ekzos)?

Atuk pun terangkan bahawa ekzos kereka biasanya memang ada satu sahaja, sama ada sebelah kiri atau kanan.

Terpana saya bila mendapat tahu dia bertanyakan soalan begitu kepada atuknya.

Itu potensi Rasa ingin Tahu yang ada pada anak-anak kecil. Jawablah dengan rasional dan yang boleh memudahkan mereka faham. Jika ditanya lagi, jawab. Jika ditanya lagi, teruskan menjawab dan lihat sehingga tahap mana dia berpuas hati. Tidak mengapa jawapan kita menjadi semakin kompleks sebab itu akan menambah perkataan2 atau istilah2 baharu yang akan membuatkan dia terus berfikir.

Itu hanya secebis pengalaman saya. isinya di sini ialah POTENSI YANG ADA PADA SETIAP Khalifah Kecil. Berbuallah dengan anak-anak dan saya percaya, dengan mengurangkan pergantungan si kecil daripada alat-alat elektronik, ia boleh membantu perkembangan zihinnya untuk lebih memahami sesuatu perkara dalam bentuk ‘real’.

Perjalanan masih jauh dan saya sedang belajar menjadi seorang bapa yang melaksanakan peranan sebagai seorang bapa.

Saja ingin kongsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *