Site Overlay

BIMB Mensasarkan Sektor Korporat

  1. BIMB terus melakukan inovasi ke atas produknya dengan melancarkan 2 produk terbaharunya iaitu Special Investment Account (Mudharabah) dan Waheed Investment Account (Wakalah). Selain itu, turut melakukan penjenamaan semula ke atas kauan al-Awfar.
  2. Pelancaran produk-produk terbaharu itu dihasilkan itu adalah proses perancangan Hijrah ke Arah Kecemerlangan bagi tahun 2013 hingga 2015, oleh BIMB.
  3. BIMB turut merubah nisbah sasaran asset pembiayaan runcitan kepada asset pembiayaan korporat daripada 76:24 pada ketika ini, mahu menuju ke nisbah peracangan iaitu 70:30 pada akhir tahun ini (2015).
  4. BIMB menyedari cabaran di dalam industri perbankan pada ketika ini yang agak sukar mengumpulkan sumber dana dengan murah berbanding sebelum ini. Oleh kerana itu BIMB terus melakukan inovasi ke atas produk-perkhidmatannya supaya dapat memenuhi permintaan pelanggannya.
  5. Seperkara untuk diketahui bahawa di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013), semua produk deposit patuh syariah seperti mudarabah, musharakah dan wakalah sekarang ini diklasifikasikan sebagai produk pelaburan – yang harus dipisahkan daripada produk deposit (berupa akaun simpanan-wadiah). Inovasi ini juga bertepatan dengan keperluan bagi memenuhi kehendak sebagaimana termaktub dalam IFSA 2013.
  6. Ini suatu perkembangan yang positif yang dilakukan oleh BIMB dengan semangat untuk terus menginovasikan produk-perkhidmatan kewangan islam yang ditawarkan.
  7. Selain daripada itu, perubahan yang dilakukan juga menyasarkan pasaran baharu yang mungkin belum lagi diberi fokus sepenuhnya oleh BIMB, iaitu sektor korporat dan rantaian nilai (value chain) yang terdapat dalam sektor tersebut.

Artikel penuh di sini: http://www.thesundaily.my/news/1438484

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes