Site Overlay

Kenapa Berlaku Peningkatan kadar Peratusan Pengeluaran Wang KWSP yang Mendadak?

Siang tadi saya membaca akhbar Focus. Focus adalah antara akhbar kesukaan saya sejak akhir-akhir ini kerana berita-berita yang disiarkan adalah berkenaan dengan dunia perniagaan, korporat serta kewangan dan gaya hidup. oh tidak lupa juga, ekonomi-politik!

Antara yang menjadi fokus utama bagi edisi minggu ini ialah berkenaan dengan KWSP.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Apa yang isunya?

Ada beberapa isu yang dipaparkan seperti ke mana KWSP melaburkan wangnya beserta senarai saham-saham yang dilaburkan. Seterusnya tentang isu pengeluaran wang KWSP mencanak naik mencecah 31% berakhir Mac 2015, dengan nilai berjumlah RM4 bilion.

Mereka kata, yang banyak mengeluarkan wang caruman mereka ialah golongan umur 55 tahun (pakej pengeluaran rasmi).

Menurut Tan Sri Ramon Navaratnam, antara faktor kemungkinan lain berlakunya pengeluaran mendadak dan banyak ialah kerana pada mereka(pencarum), penyimpanan dalam KWSP tidak mncapai matlamat kewangan mereka. Maknanya, pencarum mengeluarkan duit dari KWSP dan mencarum di tempat lain yang lebih menawarkan peratusan kadar keuntungan yang lebih tinggi.

Kemungkinan lain ialah rasa kurangnya keyakinan pencarum untuk terus membiarkan wang mereka dalam KWSP; lalu sepatutnya mereka keluarkan wang mereka untuk membeli sesuatu (aset?) selagi harga tidak naik pada masa akan datang.

Atau kombinasi antara dua faktor di atas.

Lagi satu fakta saya hendak kongsikan;

Mengikut Bank Dunia, kadar purata umur rakyat Malaysia ialah 69 tahun (dari 1960 hingga 2013).

Jangka umur minima ialah 59.5 tahun (1960); dan

Jangka umur maksima ialah 77 tahun (2013)

Kena rancang molek-mmolek untuk persaraan…

 

Saya lupa Focus edisi tarikh bila, tetapi yang terkinilah! Akan saya kemaskini minggu hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes