Site Overlay

Hikayat Nusansia:Perniagaan Amanah Rakyat

Semalam adalah hari bersejarah buat Nusansia.

Sebuah majlis yang ditubuhkan untuk menyatupadukan umat Melayu Islam dari sudut ekonomi dizahirkan kekuatannya melalui mesyuarat agung pertamnya.

Anak melayu melihat dari jauh.

Satu pengharapan penuh diberikan kepda penubuhan dan kewujudan majlis itu. Kiranya, moga dijauhkan daripada berulangnya kisah-kisah badan besar yang diwujudkan untuk memajukan anak bangsa, tetapi akhirnya berfungsi untuk memenuhi kepentingan peribadi para ketuanya.

Perkara sedemikian rupa seolah-oleh menjadi budaya dalam kalangan perniagaan orang Melayu yang diberi amanah untuk menjaga urusan bangsanya. Apabila diteliti, ia berasal dari pemimpinnya.

Pemimpinnya diakui berkarisma, kreatif dan berdaya saing, tetapi ciri-ciri tersebut belum bisa mengeluarkan diri dan anak-anak pimpinannya daripada muwujudkan satu horizon baru bagi terus mengangkat kedudukan perniagaan amanah yang diterajuinya selaras dengan aspirasi asal penubuhannya.

Semuanya atas nama pembangunan, pembaharuan, inovasi dan mahu mengkayakan negara. Akan tetapi, aplikasisinya ialah untuk mengkayakan perniagaan-perniagaan luar dan memiskinkan peniaga-peniaga tempatan. Sedangkan anak tempatan tidak kurang kebolehan dan keupayaannya bagi memenuhi keperluan kontrak.

Apakah ini bau-bau liberalisasi ekonomi yang sedang melanda? Benar. Inilah bau-bau, benih-benih, anak-anak pokok liberallisasi ekonomi yang sedang menimpa negara Nusansia. Antara benih lain ialah dasar penswataan dan juga anti kepada ‘state own company’ (SOC).

Mendapat khabaran TPP akan ditandatangani pada bulan Oktober tahun ini. Mendapat khabaran AEC akan dilaksanakan pada 2015 nanti, sudah cukup membuatkan para peniaga resah. persiapan ke arah itu harus bermula dari sekarang.

Badan-badan perniagaan amanah mesti ‘diketuk’ untuk disedarkan semula peranan mereka terhadap anak bangsa.

Jika benar mahu membantu anak bangsa, maka buktikan. ia bukan sekadar memaklumkan jumlah zakat yang akan diberikan setiap tahun, atau jumlah CSR yang dilakukan setiap tahun. Perjuangan ini bukan tentang pengagihan kekayaan melalui kaedah itu sahaja.

Majlis harus berperanan besar dan dipercayai. Kesatuan harus diperkukuhkan dan mengatasi politik kepartian.

Mungkinkah kita masih boleh bersatu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes