Mahu Lawan (Konsumerisme-Kapitalisme) Tapi Tidak Tahu Cara

Mahu melawan naratif masani yang berpusatkan korporatisme, politikus, konsumerisme, kapitalisme?

1. Tidak tahu dan tidak nampak maksud dalam penulisan santai aku sebelum ini?

2. Bawah ini aku kongsikan salah satu kursus/majlis Ilmu untuk dihadiri kita semua.

3. Ya. Mahu ubah kena ada kemampuan/kekuatan: Ilmu.

4. Sejak 5 tahun lepas, aku hendak pergi, tapi tak berkemampuan lagi. InshaAllah ada peluang aku pergi.

5. Contoh yang aku maksudkan mesti di depan mata, mampu jadi ikutan. Rasulullah itu sosok contoh untuk dijadikan ikutan. Tapi tidak ramai dapat fahami seluruh kehidupannya untuk dijadikan ikutan, melainkan ada antara Muslim yang mahu ikut secara zahir semata2.

6. Contoh: Nabi pakai jubah dan serban, kita pun pakai. Baguslah! Makan kurma Nabi, kita makan. Baguslah. Cerita bab poligami, semua melompat itu salah itu betul. Baguslah!

7. Tapi…Nabi juga buat hutan simpan (al hima’); dan ada sebahagian negara Muslim yang mewarisi tradisi ini tapi ia tidak dikaji dan terus diperbaiki untuk menjadi standard dunia. Hari ini, kalau nak ikut atandard dunia, tiru standard eropah. Haha.

8. Lagi, Nabi nasihatkan walau ambil wudhuk guna sungai sekalipun, jangan membazir: tapi kita belum dapat menggerakkan budaya kreativiti dan inovasi untuk ke arah kecekapan menggunakan tenaga melainkan berserah kepada teknologi yang orang lain buat.

9. Lepas itu sebahagian Muslim meroyan kononnya kita mundur sebab agama. Haha.

10. Itulah yang aku nak cakap pagi ini.

Untuk perkara No. 2, rujuk ini: https://murujan.com/2016/06/25/murujan-permaculture-design-certificate-course-october-2016/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *