#TanpaAirBungkus : Hari Pertama

Hidup Tanpa Air Bungkus

Haha. Pelikkan? Tak hebat manapun buat benda ini. Hal kecil dan remeh. Tapi kalau ini pun tak buat, aku ragu dengan diri aku untuk jaga alam sekitar bagai. Haha.

Ini eksperimen hidup aku. Orang bandar, yang selalu bergerak ke sana-sini.

Aku dah terbiasa beli air tin atau kotak. Kalau nak sarapan, beli susu kotak. Kalau mengantuk, beli air kopi tin. Aku amalkan hampir setiap hari.

Cuba bayangkan;

1 hari = 1 tin / 1 kotak (purata)

1 minggu ( 5 hari × 1 kotak/tin)= 5 kotak/tin

1 bulan (20 hari bekerja × 5 kotak/tin) = 100 kotak/tin

1 tahun (12 bulan × 100 tin/kotak) = 1200 kotak/tin

Cuba bayangkan, setahun, paling minima, aku membuang 1200 kotak/tin minuman di tempat pelupusan sampah!

Ini belum termasuk sampah buangan di rumah!
——

Hari Pertama (21 Sept 2016):

Rasa keinginan kuat untuk beli air kotak sebab lapar. Tapi aku ada bawa nasi goreng. Isteri bekalkan. Cuba tengok, kalau aku mampu tahan sampai petang. Niat aku, jika nak minum air susu atau kopi, bawa dalam tarmos dari rumah. Tiada tarmos tiada beli air bungkus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *