#TanpaAirBungkus : Hari Ke Sembilan; Kisah Gua Musang 1

14502773_1212637025491464_168089313680840840_n

Sempena aku menjalankan kempen ini secara berterusan, aku hendak bercakap tentang apa yang berlaku di gua Musang sekarang.

~ Kisah hutan di Gua Musang yang digondolkan untuk dapatkan balaknya oleh pembalak yang diberi lesen kerajaan negeri, sudah mula mendapat perhatian rakyat Malaysia. ~

2. Sebenarnya, benda ini hanya simptom kepada faham hubungkait antara Insan-Alam dan Ad-Deen.

3. Bila yang melibatkan hak2 OA tidak terbela, kestabilan pembenam karbon dan sebagai kawasan tadahan hujan (yakni hutan), diambil mudah atau terlepas pandang, bermakna faham2 penting tentang ad-deen tidak berjaya dihayati pemimpin Islam PAS.

4. Semua yang terbongkar ini bukan baru sehari dua, yop.

5. Berilah apa-apa justifikasi sekalipun hangpa hennak pertahankan kerajaan Islam, tapi dalam perkara yang sudah jadi parah ini, tolong ambil tindakan dan berikan respon yang jujur.

6. Hendak bercakap tentang Ku Li? Tidak payah. Tempat lain pun banyak ADUN dalam kalangan PH atau BN yang belum dapat buat apa-apa yang signifiken dalam usaha menjaga kelestarian alam.

7. Aku fokus peranan pemimpin kerajaan negeri. Apa yang sedang depa fikirkan sekarang?

8. Orang Asli diugut dengan senjata api, yob.

9. NGO buat apa? NGO sedang sedarkan hak orang ditindas, buat engagement dengan pelbagai pihak, berikan maklumat dari pakar2 dan macam2.

10. Jadi, masih masih mahu guna jenama kerajaan Islam?

11. Saja nak kemas kini, hari ini hari ke 9 aku tak beli air kotak/tin. Aku akan teruskan gaya hidup ini inshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *