#TanpaAirBungkus : Hari ke Empat Belas

Malam tadi, aku buat silap. Aku ingat botol air aku penuh berisi air. Jadi aku ke program KUBU bawa botol air yang disangkakan penuh berisi air di dalam beg.

2. Tengah asyik dengar Khairul Anam dan Fathi Aris bagi komentar, aku mula rasa dahaga. Aku capai beg dan ambil botol air. Alamak! Aku tak isi air! Botol kosong.

3. Apa pilihan yang aku ada? Pertama; beli air macam biasa. Air itu nanti dimasukkan dalam bekas kertas. Kedua; beli air dan gunakan bekas yang aku bawa. Ketiga; tak payah beli.

4. Pilihan ketiga menarik. Sebab aku bukan sahaja dapat jimat duit, tapi juga kurangkan gula pembunuh dalam badan.

5. Pilihan pertama itu mustahil untuk aku teruskan. Pilihan kedua pula, buat aku malas hendak beli sebab fikir manfaat pada pilihan tiga.

6. Akhirnya, aku buat keputusan bahawa aku memilih pilihan ketiga. Memang aku dahaga, tapi itu kesilapan aku.

7. Pagi ini, di stesen Masjid Jamek, aku nampak sampah polistrin terapung2 dalam sungai Klang-Gombak. Mana tempat akhir sampah itu agaknya?

8. Aku snap gambar dan aku kongsikan. Tak tahulah apa yang kamu faham bila tengok gambar ini.

14519821_1217225545032612_1346595370362520658_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *