Apakah maksud ‘BUKU’?: Refleksi Menonton Movie A.I

Coretan pagi Ahad.

1. Malam tadi menonton cerita lama. A.I (Artificial Intelligence). Seperti dahulu, ia masih memberi kesan emosi kepada penonton seperti saya.

2. Dahulu saya menonton kerana melihat kasih sayang antara robot dan manusia. Kali ini saya menonton dan terinspirasi melihat proses medium penyimpanan data oleh A.I dan ia diguna pakai oleh alien setelah 2,000 tahun A.I terhibernasi.

3. Visual yang terpamer menjadi kandungan penting untuk alien itu memahami cara hidup dan persekitaran serta emosi yang wujud zaman A.I itu hidup dengan manusia.

4. Lalu dengan maklumat2 tersebut, alien membina rumah dan prasaranan sebagaimana yang ada dalam simpanan memori A.I tersebut.

5. Hal ini membuatkan saya mengimbau bagaimana proses untuk memastikan upacara pertabalan Sultan Perak mengguna pakai Hikayat Misa Melayu sebagai salah satu sumber penting untuk mengetahui upacara pertabalan di lakukan.

6. Selepas ini, jika tak kiamat lagi, 100 tahun lagi, video akan diguna pakai untuk memaparkan upacara pertabalan yang telah berlangsung beberapa tahun lepas untuk mendapatkan gambaran tepat atau hampir tepat untuk upacara bersejarah tersebut.

7. Pada ketika itu, bagaimana istilah ‘buku’ digunakan? Ia berbentuk fizikal macam yang kita faham sekarang, atau ia bermaksud ‘kandungan’?

8. Cerita ini sedang elok ditayangkan ketika saya sedang membaca verbatim diskusi antara Umberto Eco dengan Jean-Claude Carrière dalam karyanya berjudul ‘This is not the End of the Book;’.

Sekian perkongsian pagi Ahad ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *