Sesaat Merenung Tentang Alam (01)

Dalam mewujudkan masyarakat yang beramal pada Islam, salah satu aspek yang perlu dibuat adalah memahami bahawa insan sejagat sedang berhadapan dengan krisis iklim dan alam sekitar.

Krisis ini semakin membarah kerana dipacu hebat oleh dunia sains dan teknologi. Sektor pengeluaran produk dalam ekonomi adalah faktor utamanya. Inovasi plastik, pembungkusan, bahan api fosil dan arang batu, kepelbagaian bahan kimia dalam bentuk makanan dan kosmetik; adalah ancaman insan sejagat.

Jadi, apa yang perlu dilakukan? Semak semula corak kepenggunaan kita sehari-harian. Apa jenis produk yang dibeli? Sama ada menambah sampah atau mengurangkan sampah? Sama ada selamat untuk keluarga atau sebaliknya?

Satu contoh ringkas, siapa sedar bahawa penggunaan botol air mineral pakai-buang menyumbang kepada pencemaran dan merupakan satu pembaziran sumber?

Kalau sedar, elakkan. Itu lebih Islamik dan (sudah tentu) adil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *