Site Overlay

Hikayat Nusansia: Apabila Merasa Diri Hebat

Ada satu kisah tentang ahli perniagaan yang boleh dianggap hebat. Pengalaman yang ada disumbangkan melalui penglibatan bersama sebuah NGO perniagaan. Apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan, maka beliau tidak terpilih. Selepas beberapa ketika wujud ketidak puasan hati terhadap NGO tersebut, lalu beliau keluar dan menubuhkan sebuah NGO perniagaan yang baharu.

Selepas beberapa ketika, muncul sebuah NGO yang bertindak sebagai kepala memayungi NGO-NGO perniagaan yang lain. Ahli perniagaan tersebut menjadi salah seorang daripada NGO payung ini. Sampai satu ketika, apabila kelihatan beliau tidak boleh mengawal NGO payung ini supaya mengikut ‘nasihat’nya, lalu beliau pun keluar dari NGO payung ini. ¬†NGO payung ini tetap bergerak dengan berpuluh-puluh NGO perniagaan di bawahnya.

Apa yang terjadi kepada beliau sekarang? Berterusanlah dengan cara beliau. Menjaja cerita kononnya NGO payung sudah hilang hala tuju.  Hakikatnya beliau tidak sedar tindakannya itu yang telah memecahbelahkan bangsa Nusansia.

Majoriti yang lain tidak menyenangi sikap beliau sedemikian rupa.

Jika berasa hebat, jangan sombong dan bongkak.

Masyarakat Nusansia harus merendah diri dan bermuafakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes