Site Overlay

Hikayat Nusansia: Penghasil Sisa Buangan

Kitar semula.

Ada satu fakta yang sentiasa bermain di fikiran Anak Melayu;

Pada tahun 2012, sebanyak 25,000 tan sampah telah dihasilkan dalam sehari. Bermakna, secara purata, sebanyak 9, 125, 000 tan metrik sampah telah ‘berjaya’ dihasilkan oleh insan di bumi Nusansia. Hanya setakat di bumi Nusansia. Dalam jumlah tersebut, hanya 5% sahaja sisa buangan tersebut telah dikitar semula.

Di Universiti Nusan pula, purata sebanyak 200kg sisa makanan telah dihasilkan oleh 2 hingga 4 buah kafeteria; dalam tempoh satu hari. Setiap hari.

Dalam tempoh kurang sebulan, sampah terkumpul boleh memuatkan kedua-dua menara berkembar di Nusansia (bangunan tertinggi di Nusansia).

Apakah petandanya?

Ini satu petanda bahawa Nusansia yang mahu menjadi sebuah negara maju, masih mempunyai rakyat yang masih belum dapat menghayati kepentingan mengitar semula bahan terpakai.

Sebenarnya banyak bahan gunaan seharian yang boleh dikitar semula.

Dalam satu kajian yang lain, mendapati hampir kebanyakan masyarakat Nusansia tahu tentang kepentingan kitar semula, tetapi sayangnya, hampir semua tidak melaksanakan pengetahuan tersebut. Tahu mereka belum dapat mencetuskan mahu untuk lakukannya.

Bilakah tahu itu akan bertukar menjadi mahu dan laksanakannya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes