Dunia Buku

Buku Masa Depan: Peluang atau Ancaman? (1)

Jika boleh diberikan definisi ringkas bagi ‘buku masa hadapan’, ia merujuk kepada: medium pembacaan yang tidak terbatas kepada buku fizikal seperti yang kita fahami hari ini.
 
Pada ketika ini, medium membaca; majoritinya dicetak atas kertas.
 
Walau bagaimanapun, berlaku perubahan trend medium membaca pada hari ini. Ia bukan sekadar dalam bentuk fizikal (guna kertas), tapi turut meliputi medium lain seperti buku elektronik (buku-e), buku audio, realiti maya (virtual reality), ‘augmented reality’, video, permainan video (video game) dan lain-lain medium.
 
Apakah petanda perubahan ini boleh berlaku dengan pantas?
 
–> 24.5 juta pengguna Internet seluruh negara.
–> 89.4% pengguna mengakses internet melalui telefon pintar.
–> 28.5 juta langganan jalur lebar mudah alih disebabkan ada pengguna yang mempunyai lebih 1 akaun.
 
Sumber: Kajian SKMM, BH Varsiti, 4 Januari 2018
 
Data di atas boleh menjadi kayu ukur asas untuk dikatakan bahawa masyarakat semakin bersedia menerima medium pembacaan selain daripada buku bercetak semata-mata, kerana mendapat akses bagi penggunaan peranti dan internet.
 
Trend ke arah ‘buku masa depan’ boleh menjadi cabaran buat industri buku dan ia pasti menuntut perubahan strategi dan model perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *