Keluarga

Belajar dari Anak

Ada satu peristiwa penting. JANGAN ULANGI.
—-
Hampir setiap malam, kak Long akan meminta saya buatkan susu.

Malam tadi, kak Long minta susu seperti biasa. Tapi disebabkan keletihan, saya tertidur.

Pagi tadi selepas mandi dan bersiap untuk ke sekolah, tiba-tiba kak Long bertanya; “Abi, kenapa abi tak buatkan susu Rumaisha malam tadi?”

Apa yang kau rasa, sebagai bapa, anak kau bangkitkan keperluan dia yang tidak tertunai malam tadi? Bukan benda susah. Buatkan susu. Sumber kalsium si anak.

Sebak saya dengar. Saya jelaskan pada dia bahawa saya mohon maaf sangat kerana tidak buatkan dia susu. Mungkin sebab kepenatan, saya tertidur dan dia juga tidur tanpa meminum susu.

Saya sungguh-sungguh meminta maaf dan akan buatkan dia susu malam ini. Saya kucup kepala dan peluk dia.

Pertanyaan dia bersahaja, tapi menusuk. Anakku semakin membesar.

Moga terus membesar menjadi anak yang solehah dan bermanfaat buat umat manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *