Keluarga

Belajar Dari Anak (Bahagian 2)

Ingat cerita saya kongsikan supaya jangan diulangi kesilapan menunaikan keperluan anak?

Cerita malam tadi. Memang sungguh-sungguhlah kak Long tuntut susu. Dua kali tambah pula tu!

Saya dengan senang hati buatkan.

Seperkara yang boleh dipelajari, apabila ‘berurusan’ dengan kanak-kanak; sebenarnya mereka mahu tahu respon kita. Mereka uji kita dengan respon berbentuk emosi mereka. Tugas ibu bapa, adalah merespon kembali.

Jika tidak, katakan tidak. Jika boleh, katakan boleh. Boleh jadi, respon negatif kita kepada kehendak mereka akan dibalas dengan tangisan atau tantrum berskala kecil, namun itu lebih baik kerana kanak-kanak mahu tahu respon kita.

Apabila mereka tahu respon balas kita, perlahan-lahan mereka akan faham.

Secara peribadi, kami cuba hindarkan daripada mengabaikan mereka walaupun keputusan kita kepada mereka adalah TIDAK. Bahkan ia boleh menjadi cabaran membarah jika:

1. Respon negatif kita tidak disusuli justifikasi (tahap kompleksiti bergantung kepada umur); dan

2. Memarahi mereka secara sembrono tanpa menimbang-tara jumlah kesilapan atau tahap keseriusan kesilapan mereka. Sedaya upaya; amalkan senyum dahulu.

Pokoknya; mereka menilai cara kita merespon dan ibu bapa perlu ada kemahiran keibu-bapaan.

Anak-anak banyak mendidik diri menjadi insan.
Kami juga sedang belajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *