Alam Sekitar

KITA DAN PLASTIK: BERPISAH TIADA, TIDAK BERPISAH MERANA.

Cakna tentang alam sekitar bukan suatu perkara bersifat ‘pilihan kedua’. Ia adalah ilmu pengetahuan yang mesti diketahui dan diamalkan. Ia juga bukan suatu yang terpisah daripada kehidupan manusia.

Hampir setiap perbuatan manusia amat berkait dan memberi kesan kepada alam sekitar.

Semua ini adalah kerana manusia merupakan sebahagian daripada alam sekitar.

Di antara isu terpenting yang sedang mendapat perhatian manusia sejagat baik melalui PBB mahupun polisi setiap kerajaan, ialah isu PENCEMARAN DISEBABKAN OLEH PLASTIK.

Pada 1950, 1.5 juta tan produk plastik dihasilkan.

Pada 2016, lebih 320 juta tan produk plastik dihasilkan.

Dijangkakan, pada 2034, lebih 640 juta tan produk plastik akan dihasilkan

Sekiranya ini berterusan tanpa manusia memahami kesan negatif akibat sikap dan perbuatan buang sampah merata-rata dan penggunaan produk plastik pakai-buang secara wewenang, ia menjadi ancaman kesihatan dan keselamatan kepada hidup manusia.

Orang putih sebut: SELF-DESTRUCTION.

Jika kita peduli, kita boleh mulakan perubahan sedikit demi sedikit dari sekarang.


Sumber data dan gambar: The Stuffs Story

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *