Alam Sekitar

Penggunaan Straw Untuk OKU: APa Peranan Gerakan Tak Nak Straw di Malaysia?

PENGGUNAAN STRAW BAGI OKU: KEPERLUAN GERAKAN TAK NAK STRAW MENGAMBIL KIRA GOLONGAN OKU UNTUK SAMA-SAMA MENYUMBANG KE ARAH KEHIDUPAN LESTARI

1. Video dalam pautan ini , merupakan respons penting yang perlu diambil kira. Usah keras dalam memperjuangkan sesuatu hingga mengabaikan kemanusiaan.

2. Dalam konteks kempen Tak Nak Straw di Malaysia, penerimaan masih kecil tetapi momentum sangat laju. Itu petanda positif. Pada ketika ini, aktivis Tak Nak Straw atau Sisa Sifar terus menerus memperkenalkan gaya hidup Tak Nak Straw di kedai-kedai mahupun di peringkat individu.

3. Dikedai-kedai, natijah yang dimahukan ada dua:

A. Menyarankan kedai-kedai berhenti tawarkan straw.

B. Menyarankan kedai-kedai memberi hanya apabila dipinta. Sebagaimana orang meminta resit atau beg plastik(beri apabila dipinta).

4. Natijah yang dimahukan diperingkat individu:

A. Mampu elak guna straw pakai buang.

B. Kongsikan pengalaman dan inspirasikan lebih ramai orang lain.

4 Namun demikian, ruang kemanusiaan dalam memastikan kemanusiaan terpelihara, terus terbuka untuk diambil kira. Aspek alternatif dan bertolak ansur menjadi keutamaan dalam gerakan ini.

——-
Apa hikmahnya video ini?

Ia memberikan ruang mengenalpasti kepelbagaian kumpulan insan untuk sama-sama menyumbang kepada kehidupa yang lestari.

—–
Apa kita perlu buat?

Ayuh kongsikan gambar pengalaman anda beramalkan dengan hikmah kecil ini sebagai tanda sokongan dan dukungan anda unruk menjadikan Bumi sebagai tempat yang selesa didiami sesuai dengan tugas sebagai khalifah dimuka bumi Allah: Untuk memakmurkan Bumi.

Usahanya nampak Kecil, tapi Impaknya Besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *