Masyarakat

CATATAN TENTANG HIMPUN 812!

Himpunan berakhir dengan aman. Beberapa komentar saya mengenai Himpun 812 sebagai respons kepada segolongan ahli masyarakat yang tidak berapa gemar dengan perhimpunan seumpama ini:

1. Biarlah orang nak berhimpun. Kita hormat walau berbeza pandangan. Itu kaedah dan salah satu cara menyampai kesedaran. Saya pun tidak kisah orang tidak setuju dengan status saya ini.

2. Kerana saya percaya, satu hari nanti, apa yang kita benci, kita mungkin akan gunakan juga kaedah berhimpun ini. Selagi mana kaedah itu beradab boleh beri impak kebaikan.

3. Himpunan ini mungkin tidak beri kesan kepada kita, tapi ia beri kesan kepada orang lain yang sedang mahu mencari kebersamaan dan proses membuat ‘alignment’ kepada apa yang dipercayai dan menurut sejarah setempat.

4. Ada 1001 kaedah dan berhimpun hanyalah salah satu daripadanya.

5. Lebih kelakar, ada kalangan ‘liberal’ yang anjur hak asasi manusia, kebebasan bersuara, mengutuk-ngutuk perhimpunan ini. Sepatutnya, semangatnya adalah bersama mereka dan suruh polis-polis jaga hak asasi untuk berhimpun. Bukannya mengutuk atau meletakkan macam-macam syarat atau mempersoalkan kenapa perlu berhimpun walau PM sudah kata NoICERD?

6. Pada saya, suara-suara begitu timbul sebagai reaksi memgabsahkan bahawa ilmu tidak bebas nilai dan tiada kebebasan mutlak melainkan ‘kau ikut cara aku’. Dan ia juga bergantung kepada tahap ilmu pengetahuan serta prioriti masing-masing. Pada peringkat ini, sukar untuk mendapat pandangan konsensus untuk semua boleh bersetuju perkara yang sama.

7. ICERD adalah ‘usaha murni’ bagi sebahagian rakyat Malaysia, pada masa yang sama bukan bersifat hitam-putih yang boleh diterima begitu sahaja. Jadi, bantahan semalam adalah sebahagian daripada menifestasi ketidak setujuan tersebut.

8. Himpunan itu juga bukan semata-mata himpunan. Ia hanya sebahagian kecil daripada gerak kerja masyarakat sivil berkait dengan persoalan sosio budaya tempatan.

9. Oleh itu, yang hadir ke ICERD, boleh jadi juga hadir ke apa2 bantahan yang dikatakan kekirian.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *