Site Overlay

Tentu Ada Sebab Peringatan Ditulis…

Tanda Amaran di Landasan LRT

Pertama, ia laluan tren. Hanya yang berniat mahu bunuh diri atau mencari perhatian sahaja akan langgar amaran-larangan ini.

Kedua, kerana berbahaya, maka ia dijadikan kawasan ‘private’. Bukan untuk awam. Jika ada penceroboh, akan didakwa.

Ketiga, ia merupakan plat keselamatan. Sekiranya dipijak atau diletakkan dengan takat beban tertentu, sistem LRT akan terhenti dengan sendiri untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran sekiranya ada manusia atau barang yang jatuh di atas landasan.

Kenapa perlu tanda amaran sedemikian rupa? Bukankah manusia ini boleh berfikir untuk tidak terjun ke landasan? Malahan adalah tidak masuk akal untuk seseorang itu terjun dan melintasi landasan tren.

Mungkin kerana syarikat sedia maklum, jika tanda arahan itu tidak ditulis, dan tiba-tiba berlaku hal kecemasan seperti penumpang kena langgar dan sebagainya, ia akan dijadikan bahan atau alasan untuk menyalahkan pihak syarikat dengan dakwaan tiada papan tanda BAHAYA di tempat tersebut. Bila tiada papan bahaya, penumpang tidak ambil serius.

Ya. Mungkin sebab itu, nota tanda amaran itu ada.

Insan memang perlu diingatkan. Ingatan itu biasanya amat penting ketika insan dalam krisis. Bila berlaku krisis dalam perniagaan, kontrak dibuka, M&A syarikat dibuka.

Bila keliru dalam sesuatu urusan atau tiada penyelesaian, buku-buku berkaitan ditelaah semula. Semua ingatan dirakam melalui bahasa, tulisan dan simbol. Kata-kata dam didikan guru melalui nota kuliah dan verbal diimbau semula.

Oleh sebab sifat insan itu yang pelupa, tulisan, simbol dan bahasa menjadi perakam dan alat terulung untuk memperingatkan fungsi insan. Ia dibantu oleh aqal yang waras dan ilmu kefahaman yang memadai untuk sesuatu isu itu dapat difahami dan diselesaikan..

Amaran di landasan ini boleh jadi merupakan SOP syarikat. Menjadi kesalahan jika tidak diletakkan di landasan.

Begitulah.

Sekian, Si Penunggu Dalam LRT menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes