Site Overlay

Pantai Warisan Teluk Muroh Tinggal Kenangan

Kredit Gambar dari Fan Page Selamatkan Pantai Warisan Teluk Muroh

Sejak awal, badan-badan bukan kerajaan atau NGO dan pencinta alam sekitar konsisten menentang kerana projek perumahan yang dirancang akan didirikan di atas tanah tambak ini meragukan. Cadangan projek tambakan laut itu dikatakan bertujuan untuk membangunkan semula kawasan penempatan nelayan.

Namun, setelah dibuat risikan dan temubual dengan beberapa pihak pemegang taruh projek, telah mendapati tambakan itu akan dibuat berkali-kali ganda besar berbanding rancangan asal serta projek tambakan yang dianggarkan bernilai RM33 juta ini bakal menjadi tapak pembinaan kondominium 13 tingkat sebanyak 3 blok.Hal ini disahkan oleh penduduk kampung melalui taklimat yang diberikan oleh Pegawai Daerah sewaktu perjumpaan pada 2 Mac 2016.

Akibat daripada kelantangan mengetengahkan isu ini, NGO dan badan gabungan Selamatkan Pantai Warisan Teluk Muroh dicop sebagai ‘orang luar’ dan ‘dinasihatkan’ agar jangan sibuk.

Bagi anak tempatan yang terlibat dengan usaha menjaga kelestarian pantai warisan Teluk Muroh, tiada siapa akan lupa cemuhan sedemikian rupa.

Kini, tahun 2018, kita sudah hilang Pantai Warisan Teluk Muroh dan tiada apa-apa yang terbina di atasnya. PUNAH 100%

Begitulah keadaannya bila kuasa yang ada, tidak digunakan tidak mendatangkan kebaikan kepada insan dan alam.

Melayu Islam nampak bijaksana dan berperanan sebagai sebuah Ad-Deen yang dan Tamadun, berbekal ilmu dan pengetahuan. Bukan sekadar baju dan bersamping Melayu.

Saya ingat selalu benda ini dan ia perlu dipasak dalam generasi baharu Melayu Islam.

Politikus dan juga para penasihat mereka yang tiada maruah diri dan kontang idea, usah diberi peluang untuk menyusun masyarakat.

Didiklah anak-anak kita agar membenci kejahilan dan perbuatan para politikus yang menghancurkan keseimbangan alam. Dan jangan selesa atau termakan dengan hujah menjaga Melayu Islam jika tidak terzahir padanya pemikiran yang memahami Islam sebagai ad-Deen dan sebuah Tamadun.

Baca dan renungi Surah ar-Rahman. PAda awal-awal surah, Allah memberi peringatan penting untuk kita supaya menjaga keseimbangan alam ciptaanNya.

Untuk laporan penuh isu penambakan Pantai Warisan Teluk Muroh yang disediakan oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), rakan pembaca boleh klik sini: LAPORAN PENUH ISU PENAMBAKAN PANTAI WARISAN TELUK MUROH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes