Site Overlay

TUJUH Nota Mengenai HSKU

Sebahagian daripada pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan kali ke-33

Pada 27 Februari 2018 yang lalu, berlangsungnya Majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan atau singkatannya; HSKU. Berikut ENAM nota-pandangan mengenai HSKU dari kaca mata saya:

1. Novel berjudul ‘1515’ oleh Faisal Tehrani adalah novel pertama Faisal Tehrani, juga merupakan pemenang HSKU, yang saya baca, pada umur 18 tahun. Saya beli menggunakan gaji kerja sementara menunggu panggilan masuk ke matrikulasi.

2. Lebih awal dari itu, karya SN Abdullah Hussain berjudul Imam, adalah novel pertama pemenang Hadiah Sastera Utusan-Public Bank (kini HSKU) yang saya baca pada umur 16 tahun. Novel itu menyumbang kepada pembentukan pemikiran saya pada alam remaja. Ia tebal tapi saya ‘kenyang’ membacanya.

3. HSKU adalah anugerah berprestij yang saya percaya bahawa kandungannya berkualiti dan tidak rugi dibaca oleh remaja (dan dewasa).

4. Novel remaja adalah ketegori pilihan hati saya.

5. Terdapat beberapa penulis kegemaran saya yang selalu saya nantikan penerbitan buku-buku baharu mereka melalui penganugerahan seperti HSKU, antaranya; Nisah Haron, Sri Rahayu, Rebecca Ilham, dan Faisal Tehrani.

6. Saya dan sahabat-sahabat penggiat buku sedang mengusahakan satu projek berkaitan dengan salah sebuah buku penerima anugerah HSKU. Ia merupakan projek rintis. Sampai masa dan dimudahkan urusan, kami kongsikan berita gembira itu nanti.

7. HSKU adalah salah satu wahana penganugerahan yang penting untuk diteruskan. Pengurusan penganjurannya harus lebih dinamik dan bertaraf global. Perlu dijenamakan sebaik mungkin. Saya pernah tulis sebuah artikel mengenai penjenamaan anugerah-anugerah sastera tanah air sebelum ini di BH lebih kurang setahun yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes