Site Overlay

(1/2) CASIS SCHOLARLY DIALOGUE: JAPANESE ECOSOPHY — A TRAVELLER’S NOTE

Sharahan disampaikan oleh Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.
Foto: Aliff Basri

Pada 7 Mac 2019 yang lalu, aku menghadiri CASIS Scholarly Dialogue, bertempat di CASIS UTM, Jalan Semarak. Ia program wacana yang menarik dan penting, disampaikan oleh salah seorang ilmuwan tanah air; Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang – Seorang birokrat, mantan Naib Canselor UTM, dan Pakar Air.

Buku terbaharu beliau ini, Japanese Ecosophy: Traveller’s Note (terbitan ITBM), mengingatkan aku kepada penjelasan Prof. Wan Mohd Nor dalam Budaya Ilmu(Edisi Ketiga):

“Para ilmuwan Muslim Andalusia (termasuk juga Afrika Utara) memulakan genre penulisan rihlah yang merakamkan pengalaman mereka di daerah-daerah yang mereka lalui ketika menunaikan fardu haji, dan ketika mereka menuntut ilmu sehingga ke negara-negara Islam di wilayah Timur yang merupakan pusat ketamadunan dan kebudayaan Islam.”

Wacana yang berlangsung selama dua jam itu, aku rasakan singkat. Semakin lama wacana berlangsung semakin berharap: “janganlah cepat habis.”

Melalui bukunya ini, Dato’ Seri Zaini menulis rihlah-nya mengenai pengalaman masyarakat Jepun yang amat terkenal dengan sikap pembersihnya.

Buku terbaharu beliau ini juga juga menghurai cara fikir dan budaya yang mendasari amal mereka (orang Jepun) sehingga menjadi sebuah masyarakat yang amat sinonim sebagai masyarat pembersih.

Antara mafhum sharahan DS Zaini yang penting untuk difikirkan:

“Di Jepun, tiada pendidikan alam sekitar diajar di sekolah. Begitu juga agama. Tetapi mereka belajar melalui pemerhatian amalan yang membudaya di rumah dan sekolah.”

Aku angguk tanda setuju. Kita, sebenarnya, tidak memerlukan pendidikan alam sekitar sebagai satu subjek baharu di sekolah. Yang kita perlukan sebenarnya ialah guru-pendidik yang beramal dengan etika dan adab terhadap alam. Seandainya ada subjek baharu sekalipun, jika guru-pendidik tidak menjiwai dan amal laksanakan di rumah, ia tidak bermakna apa-apa. Nothing. Meaningless.

Persoalannya, adakah sekolah kita (DAN DIRI KITA DI RUMAH), mengamalkan gaya hidup (lifestyle) yang selaras dengan kefahaman bahawa alam tabii adalah amanah dan tanggungjawab kita?

Budaya positif bermula dari rumah. Ibu bapa ‘anchor’-nya.

Seperti kata Dato’ Seri Zaini pagi tadi, masyarakat Jepun menekan aspek BUAT. ACTION.

Mengingatkan aku kepada pesan Dr. Adi Setia hampir 4 tahun lalu:

“Don’t talk-talk-talk! Buatla…”

Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita. Ia bermula di rumah. Dato’ Seri Zaini berkongsi, pada satu ketika, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ditanya mengenai bagaimana menetapkan KPI di dalam sektor korporat? Jawab Tan Sri Zeti: “It cannot be measure, but you can feel it.”

Amalan dan budaya sebegini sukar diukur dengan fakta dan nombor, tapi kita boleh rasai budaya itu berlangsung disekeliling kita.

Bagi yang mahu mendapatkan buku tersebut, ia yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). 100% keuntungannya, menurut Dato’ Seri Zaini, akan dimasukkan dalam tabung ‘endowment’ UTM. Jika anda beli, anda akan mendapat ilmu bermanfaat dan ia juga tanda anda menyokong PENDIDIKAN PERCUMA.

Tabung itu pada akhirnya akan digunakan untuk membantu para pelajar UTM menyambung pelajaran di UTM secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes