Site Overlay

Penampilan di Selamat Pagi Malaysia (15 MAC 2019): Kelestarian Alam Sekitar

Pada Sabtu lepas, 15 Mac 2019, saya, mewakili Persatuan Lestaria Alam Malaysia dan rakan NGO alam sekitar, saudara Solehudin (Recoil), dijemput menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM). Kami ditemubual hampir 10 minit untuk bercerita mengenai Kelestarian Alam Sekitar.

Masa tidak lama, jadi kami fokuskan perkongsian di peringkat isi rumah.

Di antaranya, saya sebutkan: anak-anak kita hari ini belajar kemahiran 3R dan kebersihan, tapi bila balik rumah, mereka hilang pedoman sebab mak ayah sendiri buang sampah merata-rata. Jika perkara begini berterusan, masyarakat kita tak ke mana. Generasi baharu tandu contoh tauladan di depan mata.

Jadi, sebagai ibu bapa, sokong dan dukunglah hasrat anak-anak yang membawa nilai baik masuk ke dalam rumah. Jika mereka mahu amalkan budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle), turuti mereka dan tanyakan apa keperluannya.

Beri mereka ruang kreatif sebagai nukleus pembentukan masyarakat yang cakna alam sekitar.

Sahabat saya, Solehuddin, dari Recoil. Berkongsi tentang minyak masak kitar semula yang beliau dan 3 orang lagi sahabat beliau usahakan. Mereka anak muda perubahan.

Jika sesiapa yang mahu kitar semula minyak masak, boleh jual kepada beliau. Terutama di Shah Alam dan Lembah Klang seluruhnya.

Di bawah ini, saya kongsikan pautan untuk video penuh temubual di SPM:

SPM 2019: SEMASA – KELESTARIAN ALAM SEKITAR [16 MAC 2019]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes