Site Overlay

Pengguna LRT: Dimarahi Menguji Hati

Pagi tadi, saya kena marah dengan seorang pak cik Melayu dalam LRT. Katanya, saya asyik laga-lagakan lengan dengan badan dia. Diri diam-diam! Katanya lagi, inikan ‘common sense’, janganlah buat begitu. Tak akan itupun kena beritahu!’

Marah betul pak cik itu. Cakap kuat-kuat pula tu. Segan saya dengan orang ramai dalam LRT.

Saya yang tak faham faktor dimarahi, ambil masa juga nak set kan dalam kepala: “pasal apa nih??”

Saya pun malas nak panjangkan cerita, jadi saya mohon maaf sungguh-sungguh, tak sengaja. Saya tambah lagi: “Dalam LRT waktu ‘peak hour’ memang begini keadaannya, pak cik. Tak berniat nak laga-lagakan lengan pada orang lain…” Dalam hati saya, orang sebelah saya yang sentiasa bergerak-gerak. Saya yang ditengah-tengah menjadi mangsa marah. Sabar. Sabar.

Selepas dimarahi, sampai ke sudah memang nafsu amarah saya suruh saya cari salah pak cik tu dan tegur kembali. Kalau waktu LRT bergerak dan badan dia tersentuh saya, saya mesti tegur dia balik. Ya.. Itulah suara hati saya.

Tapi saya cuba sabarkan diri. Amarah mesti dijinakkan. Mujur, setelah sampai ke beberapa stesen LRT, pengguna semakin surut. Ruang dalam LRT semakin lapang. Maka, saya anjakkan diri menjauhi pak cik itu. Ekor amarah masih ada tapi ia harus dijinakkan…Hati berpesan kepada hati.

Nak tahu? Sebelum kejadian itu, ada seorang ‘brother’ berbangsa india berada di hadapan saya. Situasi dalam LRT sangat sempit, jadi tangan yang sedang memegang pemegang dalam LRT asyik terkena rambut macho ‘brother’ tu. Risau juga saya kalau kena tegur.

Tapi, mungkin sebab faham, ‘brother’ tu diamkan sahaja. Sampai stesen berikutnya, saya tukar tangan saya dengan memegang pemegang lain. Tidak mahu ‘brother’ itu tak selesa. Saya faham kondisi dia.

Begitulah kisahnya. Seorang pengguna LRT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes