Site Overlay

Masuk ‘kelas’ dalam Perut LRT

Mata liar cari barisan mana yang pendek. Untuk beratur. Di barisan dua koc atau empat koc.

Pada papan tanda elektronik terpampang maklumat train seterusnya ialah train empat koc. Okay, beratur di barisan dua koc memandangkan barisan empat koc panjang.

Kalau terlepas, kena tunggu train kedua kerana ia berselang-seli antara dua dan empat koc.

Sewaktu mula beratur menunggu giliran masuk ke perut LRT, mata tak sengaja terlihat skrin telefon pintar kakak di hadapan saya.

Hati bertanya; Movie apa yang dia tonton?

Oh, sedang baca ‘slide show’ pembentangan. Sebab nampak ada carta 3 bulatan saling berpaut. Tercatat, ‘Awareness’….dan.. Saya tak ingat apa lagi dua perkataan mengisi bulatan yang ada.

Ya. Pasti. Sedang menonton video rakaman. Saya perasan ada ‘subtitle’ di bawahnya. Mungkin mengenai Pengurusan. Mungkin format ‘e learning’.

Saya. Sementara tempoh bertenang yang ada, posisi beg ditukar dari belakang ke depan badan. Zip dibuka. ‘Earphone’ diambil dan disambungkan ke telefon pintar.

Skrin ditekan beberapa kali sehingga saya ‘masuk kelas’.

Kami tenggelam dengan suasana ‘kelas’ masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes