Site Overlay

‘Demam’ Kemeriahan Sebelum Penganugerahan The Booker Prize 2019 Sudah Bermula

‘Demam’ The Booker Prize 2019 sudah bermula sejak diumumkan penganjurnya pada 3 September 2019 yang lalu.

Sebagai persediaan pengumuman pemenangnya pada 14 Oktober 2019 nanti, para pencinta buku sudah bercakap-cakap mengenai 6 karya yang telah disenarai pendek.

Kedai-kedai buku mempergiat aktiviti pemasaran mereka, majalah-majalah digital perbukuan giat menghasilkan artikel-artikel yang mewacanakan pengalaman dan isi pembacaaan setiap karya-karya yang disenarai pendek oleh para pengkritik amateur dan profesional.

Proses mempromosi karya2 yang disenarai pendek ini tidak bebas dari polemik. Kedai-kedai buku naik geram apabila kedai buku Amazon dalam talian menjual The Testaments, karya Atwood, lebih awal dari tarikh sepatutnya. Tidak adil bagi kedai buku fizikal.

Begitulah suasana kemeriahan yang terhasil daripada sebuah penganugerahan karya.

Di Kinokuniya Malaysia, karya-karya yang disenarai pendek The Booker Prizes telah dipamer sejak minggu lepas.

Kawan-kawan boleh pergi jenguk Kinokuniya hari ini. Mungkin sudah ada pertambahan judul yang dijadual boleh dijual bermula 10 September 2019: The Testaments.

Adakah kedai buku selain Kinokuniya yang mempromosi karya-karya disenarai pendek ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes