Site Overlay

Mampukah Makmur dicapai?

©Aliff bin Basri. Pasar Seni, Kuala Lumpur. 2020.

Dalam beratus-ratus foto yang dirakam tahun lepas (Ah, relatifnya amat sedikit), terdapat beberapa foto yang boleh dibilang dengan jari, yang melekat di fikiranku. Kurang sepuluh, barangkali. Melekat di fikiran; padaku petanda ia satu foto yang memberi kesan buatku.

Seorang pemandu teksi yang sedang membaca surat khabar sambil menunggu penumpang. Seorang wanita yang melintas jalan sambil menutup muka. Mural APEC2020 yang menghiasi bangunan.

Mengingatkan bahawa aku hidup di tahun mencabar. Tahun yang majoriti ahli masyarakat sedang bertungkus-lumus mahu memastikan beras dan susu anak cukup pada setiap bulan.Tahun yang belum ada penghujung. Tetapi cita-cita harus menjadi harapan buat setiap insan yang mengimpikan kehidupan lebih baik pada esok hari berbanding hari ini dan semalam.Makmur dalam diri yang perlu dicari, untuk di kongsi keamanannya dengan yang insan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2021 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes